Mengapa Agama Islam Menafikan Kebebasan Beragama yang Sejati
"Pemurtadan" di dalam al-Quran dan Sunnah
Pada tahun 2006, di Pakistan, beberapa orang Kristian telah ditangkap polis kerana 'bertukar agama' mereka daripada Islam kepada agama Kristian.
Pada tahun 2006 juga, di Afghanistan, saudara Abdul Rahman, seorang beragama Islam, telah dianiaya kerana menganut agama Kristian dari Islam, suatu 'jenayah' yang membawa hukuman mati. Setelah banyak kerajaan-kerajaan di seluruh Dunia membantah hukuman itu, perbicaraannya dibatalkan dan Abdul Rahman telah dibenarkan meninggalkan negerinya.
Kita akan bersua dengan lebih banyak lagi kisah-kisah sebegini apabila dunia Timur bertemu dengan Barat terutamanya dalam dunia maya 'worldwide web' dan kita akan menempuhi terutamanya dengan lebih banyak lagi, kisah-kisah benar dan nyata para syahid umat Kristian.
Para murtad adalah mereka yang meninggalkan sesuatu agama, dalam kes ini Islam, tidak kira jika mereka menjadi ateis atau pun menganut agama yang lain. Apakah yang harus dilakukan kepada mereka menurut al-Quran, Hadith dan syariah? Adakah para ulamak Islam moden dan kadi-kadi itu sudah menyimpang daripada Islam yang asli?
Marilah kita meneliti sumber-sumber anti-kebebasan beragama (di dalam al-Quran) yang wujud dalam agama Islam hari ini.
Al Quran
Adalah diakui bahawa hukuman mati yang otomatik untuk 'pemurtadan' bukan merupakan satu tema utama dalam al-Quran. Contohnya, ayat-ayat ini mengutukkannya, tetapi penghukumannya pula dibiarkan untuk dilakukan oleh Allah pada Hari Penghakiman (Qiyamat); atau hukuman baginya di atas Bumi adalah kurang jelas : lihatlah Surah-surah 2/217; 3/72, 86-87, 90; 4/137; 5/54; 16/106; 33/14; 47/25-27; 73/11; and 74/11.
Lagi pun, menurut konteks Surah 5/33, yang mewajibkan pemenggalan dan penyaliban untuk mereka yang menolak agama Allah dan Muhammad; pada waktu itu beberapa suku Arab telah meninggalkan Islam tetapi mereka juga telah membunuh seorang gembala dan mencuri ternakan. Oleh itu, lebih daripada permurtadan terlibat di sini. Tetapi Hadith telah menggunakan konteks ini untuk membenarkan hukuman maut untuk mereka yang 'murtad' seperti mana diteliti di dalam rencana ini.
Ada atau tidak ayat-ayat jelas mengenai penghukuman di atas Bumi hari ini hanya untuk 'pemurtadan' sahaja? Tiga nas al-Quran di bawah adalah mencukupi untuk membuktikan ini, semasa pembentukan agama Islam yang terawal dan dalam kalangan komuniti yang cuba diasaskan oleh Muhammad nabi Islam.
(1) Surah 4 telah dikirimkan di Madinah dan merangkumi waktu sepanjang tiga tahun (625-627 TM). Pada waktu ini bukan semua orang Islam telah berhijrah ke Madinah apabila mereka telah diundang para ansari. Satu kumpulan yang digelarkan para 'munafiqun', memeluk Islam tetapi pada waktu yang sama masih telahi meragukan tentangnya. Kadangkala, mereka sokong Muhammad dari jauh (secara geografik dan agama); contohnya mengucap solat secara Islam, dan pada waktu lain mereka seolah-olah membantu musuh-musuh Islam (lihat Abul Ala Maududi, The Meaning of the Quran, Jilid. 1, hal. 361-62, nota-nota 116-117).
Di Surah 4:88-89 Allah mengarahkan Muhammad bagaimana untuk 'menangani para munafiqun ini'.
4:88-89 "Mengapakah kamu menjadi dua golongan terhadap orang-orang munafik? Padahal Allah telah menolak mereka kerana usahaNya. Adakah kamu hendak menunjuki (jalan kepada) orang yang telah disesatkan Allah? Barang siapa yang disesatkan Allah, maka engkau tiada memperoleh jalan untuk menunjukinya. Mereka bercita-cita, supaya kamu menjadi kafir, seperti mereka, sehingga kamu bersamaan dengan mereka. Sebab itu janganlah angkat mereka menjadi wali, kecuali mereka telah berhijrah pada jalan Allah. Jika mereka berpaling, tawanlah dan bunuhlah [q-t-l] mereka di mana kamu memperoleh mereka...(Tafsir Quran Karim, Prof.Dr.Mahmud Yunus).
Kita memerhatikan dua fakta dari ayat-ayat ini. Pertama, Allah sendiri telah menyebabkan para munafik ini untuk menyimpang dan menyeleweng, tetapi Dia juga yang telah perintahkan untuk penghukuman bunuh mereka! Kedua, kata kerja bahasa Arab qatala digunakan (huruf dasar q-t-l), dan perkataan ini bermakna secara khusus untuk: berlawan, membunuh, berperang, bertempur atau menyembelih.
Kemudian, ayat 90 berkata jikalau umat Muslim yang 'acuh tak acuh' ini tidak berlawan atau bergumul dengan Muhammad, Allah tidak membuka satu jalan baginya untuk berperang dengan mereka. Tetapi menurut ayat 89, jika mereka membalikkan Islam dan enggan berhijrah, maka mereka harus diperang. Jadi, tidak ada apa yang kabur tentang polisi hukuman bunuh Muhammad bagi para murtad.
Bagi kedua nas yang terakhir pula, marilah kita perhatikan tafsir Sayyid Abul Ala Maududi (m. 1979), seorang pentafsir al-Quran yang terkenal dan dikagumi. untuk mengulas bagi kita polisi Islam mengenai isu pemurtadan seperti mana dianjurkan di dalam al-Quran. (The Meaning of the Quran, jilid. 2 of 6).
(2) Surah 9 merupakan surah yang terakhir sekali dikirimkan secara keseluruhan. Pada waktu itu, Muhammad sudah pun membentuk suatu kuasa ketenteraan yang kuat, dan beliau sanggup 'menangani' musuh-musuhnya secara muktamad. Di dalam surah ini terdapat tiga ayat yang perintahkan pergumulan jihad dan kemudian perperangan qital menentang orang-orang munafiqun dan kafirun (ayat-ayat 73-74 dan 123). Menurut Sayyid Maududi, para munafik dan kafir dalam two ayat ini bukanlah orang murtad yang penuh.
Al Quran berkata:
9/73-74 Hai Nabi, berjihadlah (berjuanglah) [j-h-d] terhadap orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan keraslah terhadap mereka..sesungguhnya mereka mengatakan perkataan kufur dan mereka menjadi kafir sesudah Islam...Jika mereka taubat, itulah lebih baik bagi mereka, tetapi jika mereka berpaling, nescaya Allah menyeksa mereka dengan seksaan yang pedih di dunia dan di akhirat . . (Maududi, jil. 2, hal. 213)
Kedua-dua ayat ini menyatakan tiga perkara mengenai mereka yang 'hampir murtad' ini.
Pertama, orang-orang munafik menjauhi diri daripada Islam, tetapi kadang-kala mereka berkata-kata sokongan mereka bagi Islam. Ada waktu di mana mereka menentang Muhammad juga, terutamanya semasa pertempuran Tabuk yang rumit berperang menentang umat Kristian Bizantium di penghujung tahun 630 Tahun Masihi. Mereka enggan pergi berperang. Muhammad pula tidak dapat menerima perangai seperti ini. Yang penting sekali, Muhammad tidak tidak dapat terima pertentangan mereka pada peringkat ini.
Kedua, ungkapan yang lebih kabur, jihad digunakan. Implikasinya ialah hukuman mati bagi para munafiqun dan kafirun belum lagi dikeluarkan secara muktamad. Akan tetapi, mereka dijanjikan "hukuman yang pedih dalam dunia ini". Bagaimana? Masyarakat Islam ada cara-cara 'berjihad' yang lain, selain daripada membunuh mereka; seperti penganiayaan, penyisihan, penafian kesaksian mereka dalam mahkamah undang-undang, dipecat daripada pekerjaan dan jabatan mereka serta penghinaan di muka umum (Maududi, jil. 2, hal. 219, nota 82).
Ketiga, para munafiqun masih diberikan peluang untuk bertaubat. "Jika mereka bertaubat sekarang daripada 'tindakan-tindakan buruk' mereka, ini adalah baik untuk mereka." ..Ini bermaksud menurut Maududi, bahawa mereka bukanlah 'murtad penuh', walau pun mereka telah mengucap kata-kata ketidak-percayaan. Akan tetapi, peluang tersebut adalah singkat sahaja, seperti mana dijelaskan dalam ayat yang berikut.
(3) Dalam Surah 9:123 para munafiqun digabungkan dengan orang-orang kafirun, jadi mereka sekaligus dikira sebagai 'pemurtad'.
Al Quran berkata:
9:123 Hai orang yang beriman, perangilah [q-t-l] orang-orang yang dikeliling kamu di antara orang-orang kafir dan hendaklah mereka mendapati kekerasan pada dirimu. (Maududi, jil. 2, hal. 249)
Maududi mendapati dua perbezaan di antara ayat 73 dan ayat 123. Pertamanya, jihad (j-h-d) dan qital (q-t-l) digunakan pada kedua-duanya. Kedua, hanya satu perkataan digunakan untuk musuh-musuh Islam dalam ayat 123, tetapi dua perkataan itu digunakan dalam ayat 73.
Perbezaan tunggal di antara dua perintah tersebut adalah, dalam ayat 73 orang Muslim disuruh berjihad menentang mereka, tetapi dalam ayat 123 kata-kata yang lebih keras "perangilah orang-orang yang dikeliling kamu", telah digunakan, yang membawa implikasi kepada mereka untuk harus menghapuskan orang-orang munafik dan kafir itu sekaligus. Satu lagi perbezaan dalam ungkapannya terdapat pada ayat 73, dua perkataan yang berlainan telah dipakai, yaitu "kafirun dan munafiqun," tetapi dalam ayat 123, hanya satu perkataan telah digunakan-"kafirun". Jadi, semua para 'munafiqun' sekarang, sudah terlepas daripada apa-apa kelonggaran dalam al-Quran bagi mereka, kerana dulunya, terdapat alasan untuk kelonggaran tersebut dalam ungkapan itu. (Jil. 2, hal. 253, nota 121).
Maududi mengulas bahawa perkataan 'munafiq' membawa erti satu penangguhan hukuman, tetapi ungkapan itu telah dibatalkan, dan digantikan dengan perkataan 'kafirun', jadi penangguhan itu juga telah dimansuhkan. Ingat bahawa Surah 9/73-74 berkata bahwa para munafiq telah mengucap kata-kata ketidak-percayaan setelah mereka 'masuk Islam'. Jadi, implikasinya yang jelas dari ayat 123, bila digabungkan dengan ayat-ayat 73-74 adalah: para munafiqun-yang-telah-digelar-kafirun ini harus diperangi dan dihapuskan sekaligus (walau pun Maududi dan ayat 123 tidak mengunakan perkataan 'kafirun' itu).
Bagi kami (bekas orang-orang beragama Islam), agama Islam bukanlah agama yang benar-benar menghormati kebebasan beragama, atau pun adalah 'Jalan yang Lurus' (Surah al-Fatihah 1/6) itu. Kami tidak dapat menerimanya lagi sebagai suatu 'rahmat kepada dunia'. Sebagai insan yang berasal dari agama Islam dan telah mengalami sistemnya sejak kecil lagi, tetapi semakin lama telah kami mendalaminya, semakin banyak dan ketara lagi kecurigaan, keraguan dan kemusykilan telah kami temui dan mengharungi di dalamnya!
Misalnya, Surah 9 ayat 5 mengarahkan umat Islam bertindak kejam dan zalim seperti berikut:
"Hendaklah (orang-orang Muslim) PERANGI (Bunuhlah) ORANG-ORANG MUSYRIK dimana kamu jumpai mereka dan hendaklah kamu mengambil mereka itu menjadi tawanan, dan kepunglah mereka dan duduklah mengintiplah mereka pada tiap-tiap jalan yang dilaluinya..."
Q.Surah at-Tauba 9/5
Sentimen yang sama terdapat dari surah 9 ayat 29, di mana orang Islam diarahkan oleh Allah dan Muhammad untuk membunuh dan menyerang ahli-ahli Kitab yaitu, umat Kristian dan Yahudi juga! Itu bukanlah hanya dua ayat yang terpencil sahaja, tetapi terdapat banyak lagi ayat-ayat sama yang lain yang dianjurkan oleh al-Quran.Segala saranan dan anjuran untuk melakukan pembunuhan, serang hendap, menawan, mengepung dan lain-lainnya adalah cocok sekali dan sejajar dengan ayat-ayat 'terror' (keganasan, ketakutan dan kekerasan) lain yang terdapat dengan banyaknya di dalam al-Quran seperti :
"Akan Kami tumpahkan ketakutan ke dalam hati orang-orang kafir..."
Q.Surah ali-Imran 3/151
"Hendaklah kamu sediakan untuk melawan mereka, sekadar tenagamu, kekuatan dan kuda yang terpaut, dengan demikian kamu mempertakuti musuh Allah dan musuhmu.."
Q.Surah al-Anfal 8/60
"Allah mengusir orang yang menolong sekutu di antara Ahli Kitab dari benteng mereka, dan memasukkan ketakutan ke dalam hati mereka, satu golongan kamu bunuh dan satu golongan lagi kamu tawan."
Q.Surah al-Ahzab 33/26
"Allah mendatangkan seksaan kepada mereka dari pihak yang tidak mereka kira-kira (menyangka), dan menjatuhkan ketakutan ke dalam hati mereka, sehingga mereka merobohkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri...Maka ambillah ibrah (PENGAJARAN), hai orang-orang yang mempunyai penglihatan."
Q.Surah al-Hashr 59/2
Tidaklah hairan sekali, lewat beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah dapat melihat dan juga mengalami sifat-sifat dan gejala kekerasan dan keganasan agama Islam ini menular di serata Dunia. Bermula dari perkembangan dan hegemonisme Islam sejak zaman awalan Islam di bawah khalifah-khalifah Islam dan kuncu-kuncu mereka seperti Khalid al-Walid di Afrika dan timur-tengah, sehingga hari ini; pengikut-pengikut Islam telah mematuhi seruan kekerasan dan kekejaman al-Quran di Ambon, di Poso, di Jakarta, di Bali, Thailand, Sudan, New York, Madrid dan juga di kota London tidak lama dahulu. Cubaan untuk mempertakuti, tumpahkan ketakutan, memasukkan ketakutan, menjatuhkan ketakutan ke dalam jiwa 'musuh-musuh Islam' adalah anjuran dan saranan jelas al-Quran kepada umat Islam sejak dahulu lagi terhadap mereka yang bukan-Islam.
Apakah ini merupakan 'agama kedamaian & kesejahteraan'? Jauh sekali! Sebaliknya, apabila kita meneliti ajaran Sayidina Isa al-Masih dengan rapi, kita dapati bahawa baginda tidak pernah mengajar para hawariyun atau pun pengikut-pengikutnya yang lain untuk melakukan kekerasan atau kezaliman seperti mana dianjurkan oleh nabi Muhammad dan al-Quran di atas!
Apakah pembatasan ke atas suara hati manusia (lihat di atas) seperti yang dianjurkan oleh al-Quran itu boleh dikira sejajar dengan zaman ini dan milenia yang kedua-puluh satu yang baru ini? Atau bukankah ini sesuatu yang sudah ketinggalan zaman pada hari ini, atas sebab-sebab yang cukup jelas kerana ia menggugat hak-hak manusiawi yang fitrah serta kebebasan beragama yang sangat mendasar itu?
Baru-baru ini, pada bulan Julai, 2005, seorang pemimpin Islam dari Kesatuan Muslim Great Britain, telah mengakui wujudnya masalah dalam Islam yang mengacau Dunia. Dr.Azzam Tamimi, seorang Islam yang berani berjatidiri dan telah mengakui secara jujur bahawa:
"Our (Islamic) policies have brought havoc in the World (today)."
Terjemahannya :
"Dasar-dasar (Islam) kami telah menyebabkan huru-hara (kekacauan) di Dunia (hari ini)."
Bersyukurlah kepada Tuhan kerana akhirnya, ada pemimpin-pemimpin Islam yang jujur dan ikhlas yang berani mengakui situasi yang sebenar di dalam Islam hari ini. Bahawa masalahnya bukanlah bergantung kepada orang-orang luar atau agama lain, tetapi disebabkan oleh Islam sendiri serta dasar-dasar dan polisinya yang tidak sesuai dan bercanggah dengan realiti hidup Manusia hari ini. Kami ingin melihat lebih ramai lagi umat Islam akan berjati-diri dan lebih jujur seperti Dr.Tamimi, seterusnya mereka akan insaf dan meninggalkan dasar-dasar Islam yang jelasnya tidak sesuai sama sekali dengan kehidupan dan tamaddun sekarang.
Di dalam Hadith pula, kita bertemu dengan ayat-ayat seperti :
"..Rasulullah (nabi Muhammad) telah menyatakan : 'Jika seorang Muslim meninggalkan agamanya (Islam), bunuhlah dia.
Hadis sahih al-Bukhari 4/260
Bagi bekas orang Islam, ini membuktikan sekali lagi nabi Muhammad itu tidak benar-benar merestui kebebasan beragama yang sejati. Kalaulah Islam itu suatu agama yang mengamalkan kebebasan beragama yang sebenar, ia akan membenarkan penganut-penganutnya untuk masuk DAN KELUAR daripada agama itu tanpa apa-apa hukuman. Itulah kebebasan beragama yang sejati dan tulin! Bagi kami yang dulunya Muslim pula, kami telah rasai terperangkap di dalam suatu agama yang kami tidak pilih, tetapi telah dilahirkan ke dalamnya, tanpa kerelaan atau pilihan diri kami sendiri. Dan ini merupakan suatu perangkap dan jerat bagi kami, kerana Islam itu ialah suatu agama one-way street (jalan sehala) yang tidak adil dan tidak berperikemanusiaan, terutamanya bagi kami yang ingin memilih agama kami sendiri secara bebas menurut suara hati (conscience) kami sendiri!
Dan kami kira agama ini tidaklah agama yang benar-benar merestui atau menghormati hak asasi manusia yang sejati. Pada abad dan milenium yang baru ini, masih ada ajaran yang bersifat fikiran sempit dan tersepit seperti itu! Kalaulah Islam itu memiliki kebenaran, umat Islam tidak perlu takut dan menggunakan paksaan sebagai cara untuk membendung gejala 'murtad' di kalangannya, seperti disarankan oleh Hadis Bukhari 4/260 di atas!
Dimanakah keadilannya apabila seorang bapa dari keluarga Hindu boleh 'mengislamkan' anak-anaknya secara 'automatik'-apabila si-bapa itu masuk Islam secara rahsia, tanpa direstui oleh ibu kepada anak-anak tersebut? Tidakkah ini membawa akibat robohnya institusi kekeluargaan untuk famili ini? Dimanakah keadilannya apabila setiap bayi yang dilahirkan dalam keluarga Islam dikira sebagai seorang Islam secara automatik dan tidak dibenarkan dengan bebasnya membuat pilihan agamanya sendiri setelah dia mencapai umur kedewasaannya? Tidakkah insan yang sudah dewasa ini mempunyai hak suara hatinya sendiri serta hak harga-dirinya yang harus dihormati?
Bacalah ayat al-Quran surah 4 ayat 34. Jikalau Islam adalah benar-benar agama yang menghormati atau memelihara kesaksamaan di antara lelaki dan wanita, dan merupakan satu agama yang universal sejagat bagi semua insan dan untuk semua zaman, ayat tersebut telah menafikannya secara terus-terang. Marilah kita teliti ayat itu :
"Perempuan-perempuan yang khuatir kamu (si-suami) akan kedurhakaannya, hendaklah kamu...PUKULLAH mereka (sehingga mereka ta'at kepada kamu)."
Q.Surah an-Nisak 4/34
Apakah gerangan agama itu yang mengarahkan dan menganjurkan supaya si-suami itu memukul isterinya (wanita) sehingga si-isteri itu "menjadi ta'at" konon, dan mematuhi kehendak dan keinginan suami itu!? Anjuran al-Quran seperti ini adalah contoh ketidak-adilan dan pencerobohan hak asasi manusia khususnya kaum wanita yang cukup jelas.
Haruskah seorang wanita dewasa dalam mana-mana rumah-tangga, seorang ibu yang sanggup melahirkan anak-anaknya, yang cekap menguruskan rumah-tangganya, malah ada juga yang cekap menguruskan kewangan bisnis dan perniagaan, diperbudak-budakkan dan dipukul seperti seorang kanak-kanak atau budak kecil kerana kenakalannya? Kenapakah tindakan seorang wanita yang sudah dewasa itu harus ditanggapi sama seperti seorang budak kecil yang masih naif dan kurang tahu apa-apa? Apakah seorang wanita yang dewasa itu hanya sama tarafnya dengan seorang kanak-kanak kecil di dalam Islam? Adakah tanggapan seperti ini tanggapan yang adil atau munasabah? Apakah ini merupakan peradaban bagi kaum wanita dan kaum ibu? Mengapakah bakal suami-isteri Islam hari ini disyorkan menghadiri 'kursus perkahwinan Islam', di mana bakal si-suami akan pelajari cara-cara memukul isterinya?
Bagi kami, agama seperti ini tidak menjaga dan tidak memelihara hak dan kepentingan kaum wanita secara sebenar dan sempurnanya atau dengan sungguh-sungguh. Lebih-lebih lagi, ia menonjolkan hak si-suami (lelaki) di atas hak-hak wanita (isteri) dan memihak secara tidak adil kepada kaum lelaki dengan menyarankan kepada mereka menggunakan kekerasan dan kekejaman (use of brute force) dan memukul isteri-isteri mereka untuk "mendisiplin kaum wanita" (si-isteri) mereka konon. Jikalau adanya kesaksamaan hak di antara lelaki dan perempuan yang sebenar lagi adil dalam Islam (seperti yang diclaim oleh orang Muslim), kenapakah si-isteri pula tidak dibenarkan memukul suaminya yang bersifat curang?? Inilah satu lagi bukti dan dalil ketidak-adilan Islam yang ketara! Jadi, bagi kami, agama Islam tidak dapat dikira sebagai satu 'rahmat untuk dunia'. Apakah ajaran seperti ini benar-benar sesuai dalam zaman ini dan secocok dengan Dunia abad ke-21 sekarang?!
Tetapi, saudara-saudariku yang budiman, lihat dan telitilah saranan ajaran Kitab Suci Injil bagaimana si-suami harus menjaga dan memelihara kasih-sayang isterinya dengan betul:
"Hai para Suami, kasihilah isterimu, sama seperti Al-Masih Isa telah mengasihi Jemaah (Gereja) dan mengorbankan diri-Nya untuk Jemaah itu. Hal itu dilakukan-Nya supaya Dia dapat menguduskan Jemaah-Nya setelah Dia membersihkannya dengan air pengimadan dan Firman Allah."
Efesus 5: 25-26
Menurut Kitab Suci Injil, kami disaran untuk sayangi dan memelihara isteri kami seperti mana Sayidina Isa sendiri menyayangi dan mengasihi manusia sewaktu Baginda berada di Bumi ini. Atas sebab-sebab seperti inilah, kami telah menolak agama Islam dan telah memeluk risalah dan an-Najah yang telah dibawa oleh Sayidina Isa al-Masih yang tidak terbanding untuk selama-lamanya itu.Kami undang kalian semua untuk berfikir dengan minda terbuka dan bertelaah secara ikhlas ajaran serta risalat Kitab Suci Injil yang sejati itu, demi keselamatan dan kesejahteraan saudara-saudari semua di Dunia dan juga di Akhirat nanti. Moga-moga Tuhan Allah akan memberkati diri anda!
Amin, Amin Alhamdulillah Ya Rabbil
al-Amin!