Kesaksian Muhammad

 

Assalamualaikum. Nama saya Muhammad, saya seorang anak Malaysia, sama seperti ibu-bapa saya yang beragama Islam. Sejak saya di bangku sekolah rendah lagi, orang-tua saya telah hantar saya belajar mengaji al-Quran. Saya telah pun berkhatam al-Quran semasa saya di sekolah rendah.

Kedua-dua orang-tua saya merupakan pengikut Islam yang warak. Di bawah pengaruh  mereka, saya telah mendalami pengetahuan Islam saya secara intensif sehingga berumur 17 tahun, sampai umur itu, ilmu keIslaman saya boleh kira cukup mantap bagi seorang Muslim yang berpengetahuan.  

Walau pun begitu, oleh kerana latihan yang telah saya mengalami, dan latar-belakang saya suka mencari ilmu pengetahuan daripada sumber-sumber yang wajar, saya sentiasa bertanya-tanya serta bersoal-siasat apa-apa saja yang mengambil perhatian atau mengangkap minat minda saya. Termasuk hal-hal keagamaan dan Islam. Oleh sebab itulah, saya telah memiliki banyak buku-buku ilmiah, kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris. 

Oleh kerana sikap saya yang suka siasat dan selidiki segala-galanya yang mengembangkan fikiran saya, saya juga telah menujukan secukup banyak soalan terhadap agama Islam sendiri. Semasa saya berada di negeri Pulau Pinang, minat saya mencari jawapan untuk soalan-soalan saya semakin meningkat. Saya telah bergaul dengan umat intelektual Muslim yang miliki minat ilmiah yang sama seperti saya. Di sanalah saya telah bertemu dan bergaul dengan kumpulan Islam "Anti-Hadith", dan mereka telah banyak menolong saya memahami dan menolak kejanggalan dan kebatilan yang ada dalam ajaran dan Sunnah Islam.

Secara khususnya, saya telah mengalami kemusykilan dan banyak sekali keraguan tentang ajaran-ajaran yang dipelopori serta arahan-arahan yang dianjurkan di dalam Kitab-kitab Hadith, termasuk koleksi Hadith-hadith yang digelar ‘sahih’. Walau pun umat Islam gelarkan koleksi-koleksi ini sebagai 'Sahih' konon, saya amat kecewa apabila saya mendalami kajian saya dalam bidang tersebut! Setelah membaca dan menelaah ajaran-ajaran yang dikandung di dalam Hadith serta tulisan-tulisan Muslim mengenainya, semakin kurang masuk akal saya mendapati ajaran-ajaran mereka. Saya akan memberi beberapa contoh Hadith tersebut. 

Beberapa contoh kemusykilan dan kesangsian dalam Hadith-hadith Sahih Islam adalah seperti berikut.  

1)      Air kencing unta adalah ubat untuk sakit-penyakit manusia, dan boleh dipakai sebagai ubat!

-         Hadith sahih Bukhari Jilid (Volume) 7 nombor 590

-         Hadith sahih Muslim jilid 3, nombor 4130.

Ini merupakan anjuran dan ajaran Islam yang sangat janggal sekali. Manakah bukti saintifik dan kesihatan bahawa air kencing unta telah benar-benar berhasil dan berguna sebagai penawar?

 

2)      Syaitan dan iblis tidur atau menginap di dalam lubang hidung manusia

-         Hadith Bukhari jilid 4, nombor 516

-         Hadith Muslim jilid 1, nombor 462.

 

3)      Anjing yang berwarna hitam adalah iblis dan syaitan dan mereka harus dibunuh, dan kononnya mereka juga berupaya  
    membatalkan solat umat Muslim!

-         Hadith Muslim jilid 1, nombor 1032

-         Hadith Muslim jilid 3, nombor 3809-3829.

    Diskriminasi yang tidak berasas ke atas anjing berwarna hitam! Lagi pun, ajarannya bahawa anjing hitam ialah
   iblis/syaitan, adalah tidak benar dan ialah kekarutan sama sekali!

 

4)      Sayap kiri seekor lalat beracun, dan sayap kanannya ada penawarnya!

          -    Hadith Bukhari jilid 7, nombor 673. 

    Hadith ini dengan cukup terus-terang sangat janggal dan tidak masuk akal. Lebih-lebih lagi, bertentangan secara
    langsung dengan kebenaran dan fakta-fakta saintifik!
 

5)     Memakan Bawang putih dilarang bagi orang Islam, dan mereka tidak boleh masuki masjid jika orang Muslim telah  
   memakan bawang putih!

-         Hadith Bukhari jilid 5, no. 526

-         Hadith Bukhari jilid 1, no.812, 813. 

Apakah salahnya dengan Bawang Putih, padahal secara saintifik sudah terbukti nilai-nilai kesihatannya untuk manusia yang banyak sekali.

 

6)      Kebanyakan penghuni dan ahli neraka adalah jiwa-jiwa wanita!

-         Hadith Bukhari jilid 8, 456, 544. 

Kenapa berdiskriminasi terhadap kaum wanita dengan cara tidak munasabah seperti ini?

 

      7)  Dilarang kencing atau membuang air kecil ke dalam lubang/rongga dalam tanah. Lubang-lubang itu kononnya   
           adalah
tempat tinggal jin-jin tertentu!

                 -    Sunan Abu Daud Jilid 1 (Fasal 16), Nombor 29.

Rongga dan lubang dalam tanah adalah cara yang paling praktikal dan lazim diamalkan di serata dunia untuk membuang air. Tidak ada lapuran dari mana-mana tempat di dunia yang mana manusia telah pernah melihat jin keluar dari mana-mana lubang buang air tersebut! Ini merupakan satu lagi kekarutan yang dipelopori oleh Hadith sahih.                        

         Anda juga boleh membaca tentang kejanggalan Hadith-hadith yang Sahih dalam agama Islam dari link dibawah ini:

           
            Macam-macam Kepelikan!

Sebenarnya, rakan-rakan Islam saya mendapati bahawa arahan-arahan dan saranan Hadith seperti di atas, semuanya adalah sejajar dengan kurafat (superstitions) yang telah dijadikan kewajiban bagi umat Islam untuk mematuhi, mahu tidak mahu, secara paksa!  Maklumlah, semua Hadith ini ditolak keseluruhannya oleh kumpulan Islam Anti-Hadith tersebut!

         Hasil daripada kekhuatiran dan kesangsian akan Hadith-hadith 'Sahih' itu, saya telah semakin kecewa terhadap agama Islam yang telah saya anuti dari umur yang cukup muda lagi!

Selain daripada itu, saya juga telah pergi ke luar negara untuk melanjutkan pendidikan saya. Di negara asing saya telah bertemu dan bergaul dengan ahli-ahli cerdik pandai Islam serta ulamak-ulamak Islam yang alim. Saya pun minat sekali berbincang-bincang dengan mereka, terutama sekali tentang hal-hal keagamaan.

Mereka telah mengejutkan saya lagi apabila ada di kalangan mereka juga terdapat ulamak yang mempersoalkan Hadith-hadith sahih dan kewibawaan Hadith habis-habis! Bukan sahaja pada setakat itu, malah ada ulamak-ulamak, cendekiawan dan tokoh Islam dari antara mereka yang mempersoalkan Al-Quran dan kesahihan kandungannya! Bagi mereka, terdapat juga cukup banyak kejanggalan serta percanggahan dan kepalsuan sejarah di dalam al-Quran sehingga menjadi kecurigaan serta tanda-tanya besar kepada kewibawaan kitab itu!

Di bawah sini kami memberikan link kepada beberapa makalah-makalah ilmiah yang membentangkan masalah dan tanda-tanya serta kecurigaan dan kemusykilan ke atas kitab umat Muslim - al-Quran! Ada juga kecurigaan yang telah dibawa oleh tokoh dan para ILMUWAN ISLAM sendiri!

             Permasalahan dan Percanggahan di dalam al-Quran

          Mushaf-mushaf Yang Hilang

          Sifat-sifat Firman Tuhan yang Murni

         "Ilmu Sains" al-Quran...                Dan

         Surah 30 ar-Rum- Satu Penilaian Semula

Setelah bergumul cukup lama secara intelektual dan rohaniah dengan kecurigaan dan keraguan saya tentang kandungan al-Quran itu, saya telah pun menganalisa dengan lebih mendalam lagi tentang percanggahan-percanggahan yang terdapat di dalamnya. Syak wasangka saya terhadap Kitab al-Quran semakin menjadi batu sandungan kepada saya; akibat percanggahan-percanggahan serta kesilapan fakta-fakta sejarah yang jelas terdapat di dalam al-Quran. Walau pun saya telah mendalami kajian saya dengan menelaah karya-karya tokoh-tokoh dan pujangga Islam yang ortodoks. Akhirnya, saya telah kecewa mengesahkan kebenaran al-Quran, akibat kekecewaan ini saya telah mulai mengkaji Kitab Bible (Al-Kitab) umat Sayidina Isa Al-Masih yakni, umat Kristian.

Saya telah memperolehi sebuah Al-Kitab/Bible dan menyelidikinya sedalam-dalamnya dan dari permulaannya sehingga penghabisan fasal-fasalnya. Walau pun dalam Quran terdapat lebih daripada 100 rujukan kepada Sayidina Isa A.M..mereka tidak selengkap riwayat Baginda seperti yang terdapat di dalam Kitab Suci Injil! Jadi, saya telah bermula menyelidiki Kisah Hidup dan riwayat Sayidina Isa Al-Masih dengan sikap yang baru serta dengan 'kacamata' yang tidak dicemari oleh pra-sangka dan salah-tafsiran keislaman saya yang dahulu! Saudaraku, saya syorkan kepada anda - abaikanlah pra-sangka-pra-sangka anda serta sikap-sikap negatif anda terhadap Kitab Injil dan ajaran umat Kristian. Maklumlah, al-Quran sendiri telah mengarahkan umat Islam dari Surah 10 Yunus 94 seperti berikut:

"Jika engkau (Muhammad) syak wasangka tentang apa yang Kami (Tuhan Allah) turunkan, hendaklah engkau tanyakan kepada mereka yang membaca Kitab sebelum engkau (yakni umat Kristian dan Yahudi).Sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu dari Tuhanmu.."

Jelaslah, al-Quran sendiri TIDAK menuduh umat Kristian telah 'mengubahsuai' kitab-kitab mereka, tetapi, sebaliknya menyarankan kepada umat nabi Muhammad (umat Islam) supaya merujuk kepada umat Kristian yang telah memiliki Kitab Suci Injil mereka lebih awal daripada umat Islam! Sesungguhnya, Quran sekali lagi menganjurkan umat Kristian dan Yahudi dari Surah al-Maidah 5 ayat 68 :

"Hai Ahli-ahli Kitab, kamu bukan atas suatu KEBENARAN, kecuali kamu turut kitab TAURAT dan INJIL dan apa-apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu.."   

Allah Sendiri telah bersabda tentang kedatangan al-Quran dan perhubungannya dengan Kitab-kitab yang lebih awal daripadanya, dari Surah Ali Imran 3 ayat 3, seperti berikut :

"Dia [Allah] menurunkan Kitab Quran kepada engkau ya Muhammad, dengan sebenarnya, serta MEMBENARKAN Kitab-kitab yang sebelumnya, dan Dia telah menurunkan TAURAT dan INJIL.."

Apabila saya membuka Kitab Suci Injil dan mulai menelaahnya, saya terasa terharu dan perasaan nyaman dan sejahtera mula melanda saya! Begitu enak dan seronok sekali pengkajian Al-Kitab/Kitab Suci Injil saya itu! Sambil saya membaca kandungannya, saya terserempak dengan ayat-ayat indah seperti berikut :

  "Berbahagialah orang yang lemah-lembut,
   Kerana mereka akan memiliki bumi.
   Berbahagialah orang yang lapar dan haus akan kebenaran,
   Kerana mereka makan dipuaskan"

  Injil, Matius 5 : 5 - 6

  "Berbahagialah orang yang murah hatinya,
   Kerana mereka akan beroleh kemurahan.
   Berbahagialah orang yang suci hatinya
   Kerana mereka akan melihat Allah."

Injil, Matius 5 : 7 - 8

Begitulah indahnya kata-kata dan sabda Sayidina Isa semasa Baginda mengajari para hawariyunnya dan pengikutnya yang lain semasa di atas Bumi ini lebih 2,000 Tahun yang lalu! Selain daripada itu, saya juga terbaca kata-kata Sayidina Isa Al-Masih mejelaskan tentang diri-Nya sendiri dalam Nas Injil seperti berikut:

"Kamu tidak percaya, waktu Aku [Sayidina Isa Al-Masih] berkata-kata dengan kamu tentang hal-hal duniawi, bagaimana kamu akan percaya, kalau Aku berkata-kata dengan kamu tentang hal-hal syurgawi ?

"Tidak ada seorang pun yang telah naik ke syurga, selain dari pada DIA yang telah TURUN DARI SYURGA, YAITU ANAK MANUSIA [SAYIDINA ISA SENDIRI]."

      Injil, Yohanes 3 : 12 - 13

Tentang isu "Roti Hidup' pula, Sayidina Isa telah bersabda seperti berikut:

'Maka kata Isa kepada mereka : "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya bukan sayidina Musa yang memberikan kamu roti dari Syurga, melainkan Bapa-Ku yang memberikan kamu roti yang benar dari syurga..
"Kerana Roti yang dari Allah IALAH ROTI YANG
TURUN DARI SYURGA dan memberi hidup kepada dunia." Maka kata mereka kepada Baginda : 'Junjungan, berikanlah kami roti itu senantiasa.'
 

'Jawab Isa Al-Masih kepada mereka, "AKULAH ROTI HIDUP, DAN BARANGSIAPA DATANG KEPADA-KU DIA TIDAK AKAN LAPAR LAGI, DAN BARANGSIAPA PERCAYA KEPADA-KU, TIDAK AKAN HAUS LAGI. Semua yang diberikan Bapa kepada-Ku akan datang kepada-Ku, dan barangsiapa datang kepada-Ku, dia tidak akan Kubuang."

"Sebab AKU TELAH TURUN DARI SYURGA,.Untuk melakukan kehendak Allah..Dan INILAH kehendak ALLAH: - Yaitu supaya SETIAP ORANG YANG MELIHAT KEPADA AKU, DAN PERCAYA KEPADA-KU, BEROLEH HIDUP YANG KEKAL, dan supaya AKU MEMBANGKITKANNYA PADA AKHIR ZAMAN."

"AKULAH ROTI HIDUP...YANG TURUN DARI SYURGA: BARANGSIAPA YANG MAKAN DARIPADANYA, DIA TIDAK AKAN MATI,

"AKULAH ROTI HIDUP YANG TELAH TURUN DARI SYURGA, Jikalau seorang makan dari Roti ini, DIA AKAN HIDUP SELAMAN-LAMANYA..!"

   Injil, Yohanes 6 : 32 - 40

 

Sudah sangatlah jelas dan ketara bagi saya, siapalah Sayidina Isa Al-Masih itu! Baginda adalah Firman Allah -"LOGOS" - Yohanes 1 : 1 dan "Kalimatullah" yang hidup itu, yang telah TURUN ke Dunia ini untuk mengkhabarkan Berita Baik Allah Ta'ala kepada kita! Ini juga adalah benar daripada nas Al-Quran; Surah Ali-Imran 3 ayat 45..:

"Allah telah menghibur Mariam tentang Kalimat yang daripada-Nya (Kalimatullah), namaNya adalah Al-Masih Isa Putera Maryam. Yang mempunyai kebesaran di Dunia dan di Akhirat dan termasuk orang-orang yang terdekat dengan Allah." 

Surah 3/45

Pada hari ini, saya dan seisi keluarga saya sudah pun memeluki dan mengikuti ajaran dan utusan Sayidina Rabbani Isa Al-Masih yang sejati itu dengan sebulat hati dan jiwa. Kami tahu DAN pasti masa depan kami adalah di alam Syurga dan Jannah bersama-sama dengan Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang itu! Kerana Kalimat-Nya Sendiri telah turun - Nuzul dan menjadi 'Anak Manusia' yang sempurna lagi sejati itu. Baginda telah lakukan peristiwa ini, lebih 2,000 tahun lalu supaya segala ciptaan-Nya yang amat dikasihi-Nya, dapat kenal dan nikmati Kasih dan Sayang, Ar-rahman dan Ar-rahim Allah yang hakiki dan sejati secara peribadi! 

Saudaraku yang sangat dikasihi oleh Sayidina Isa Al-Masih, saya mengundang anda menelitilah utusan dan Risalah yang dibawakan oleh Sayidina Isa itu seperti mana ditampilkan di dalam Kitab Suci Injil-dengan minda yang bebas daripada pra-sangka dan prejudis anda sebagai seorang Islam. Tuhan Sendiri akan mengkabulkan pencarian anda yang ikhlas anda dengan ganjaran yang manusia sendiri tidak dapat memberikan - yaitu kehidupan yang kekal abadi disisi Allah swt Sendiri, untuk selama-lamanya!

Semoga Allah memberkati anda dengan taufik dan hidayah-Nya yang sejati! Halleluya!!Alhamdulillah! 
 

 


Indeks Utama