Mashaf-mashaf, Suhuf-suhuf, serta Pembacaan-pembacaan al-Quran yang Bervariasi dan Berbeda-beda
yang Berleluasa Pada Zaman Awalan Islam

 

            Koleksi al-Quran pada zaman awalannya sebenarnya mempunyai beberapa versi-versi dan hakikat ini diserlahkan dengan jelas ketara dalam beberapa cara. Selain dari (i) berbeda-beda sesama sendiri, mereka juga (ii) berbeda dengan ketara dari suhuf kalifah Uthman. Terdapat juga (iii) perbedaan-perbedaan dalam bacaan ayat-ayat tertentu, (iv) dalam jumlah dan nama-nama Surah dan juga (v) dari segi susunan fasal-fasal al-Quran. Satu perkara yang cukup ketara ialah, (vi) tiadanya surat al-Fatihah di dalam koleksi Quran Ibn Masud. Sudah ada ENAM perkara yang cukup mencurigakan kesahihan al-Quran dalam sejarah awalnya! 

 

Hakikatnya, sejak awal-awalan lagi, sifat dan ciri-ciri Al-Fatihah sebagai satu Doa, menyebabkan beberapa pujangga menganggapkan surah ini sebagai suatu tambahan kemudian kepada suhuf Quran asli. Ada juga mashaf-mashaf al-Quran yang lain yang tidak mengandungi surah-surah 113 dan 114 di dalam mashaf kalifah Uthman bin Affan. Mashaf dan suhuf yang lain-seperti milik Ubai bin Kabb, mempunyai surah-surah yang tidak ada di dalam koleksi kalifah Uthman itu!

 

Pada hari ini pula, ada dua ilmuwan British, John Wansbrough dan John Burton yang mempersoalkan segala cerita Hadith yang bersabit dengan koleksi al-Quran yang asal, sebagai cerita-cerita sokongan yang diada-adakan sahaja. Burton mendapati bahawa Muhammad sendiri telah menyiapkan sebuah Quran bertulis, sebagai satu bahan peninggalan untuk diikuti dan diimani. Dia mendapati bahawa ahli-ahli fiqah (para fuqaha’) Islam amat tersekat dengan bergantung hanya kepada mashaf Quran tersebut, jadi mereka telah merekakan suhuf-suhuf Quran yang berbeda-beda serta cerita cerita kalifah Uthman dan penyelarasan al-Quran oleh beliau.

 

John Wansbrough pula, sebaliknya telah mendapati bahawa kandungan mashaf-mashaf berbeda al-Quran amat longgar (“fluid”)pada zaman awalannya. Dia mendapati bahawa Quran mencapai rupa bentuk muktamadnya hanya pada KURUN YANG KETIGA zaman Islam. Sebabnya ialah pada kurun-kurun sebelum itu, keadaan antara para Muslim dan wilayah-wilayah Islam yang berlainan terlalu longgar lagi bervariasi bagi menghasilkan satu Quran yang harus ditaati oleh semua umat Muslim pada waktu itu. Wansbrough telah mendapati bahwa semua hadith-hadith Islam telah direka dan dicipta untuk mengalihkan Quran kepada zaman yang lebih awal supaya ia menampakkan kewibawaan yang lebih sahih!  

 

Bacaan-bacaan Quran yang Berbeda-beda. Dalam suhuf-suhuf yang berlainan serta versi-versi yang berbeda-beda, ada jumlah yang besar ayat-ayat yang berbeda antara satu dengan yang lain, yakni pada ayat-ayat Quran yang tertentu. Walau pun suhuf-suhuf atau mashaf-mashaf Quran yang asal dan asli itu semua telah dihapuskan, kita dapat memperolehi cukup banyak maklumat mengenai perkara ini melalui para mufassir Quran seperti at-Tabari atau sumber-sumber sejarah yang lain. Beberapa perbedaan ini tidak bawa kesan ke atas maksud kepada ayat-ayat itu. Ada kes yang hanya bersabit dengan ortografinya, walau pun hal ini cukup janggal di dalam mashaf versi kalifah Uthman. Perbedaan yang lain pula menyentuh cara-cara menyebut ayat yang berbeza-beza, dan ada juga yang bersabit dengan penggantian sinonim bagi perkataan-perkataan tertentu dalam teks versi itu.     

 

Sebagai satu Contoh, jika satu ayat Quran dibacakan dengan penghujungnya bentuk akusatif berbeda dengan penghujung yang genitif , ini akan bawa akibat merubah cara dan maksud orang berwudu (sebagai contoh) sebelum solat dengan ketaranya – kes yang jelas ialah surah 5 ayat 6!  Sepertimana yang telah dibuktikan oleh ilmuwan Ignaz Goldhizer, di dalam kajian beliau Richtungen der Islamischen Koranauslegung, beberapa bahan berbeza-beza itu adalah hasil daripada pilihan-pilihan dan kecenderungan teologi dan ahli-ahli tafsir serta kelompok-kelompok Islam yang tertentu.

 

Haruslah diperhatikan bahawa, dari zaman penyelarasan mashaf Uthman bin Affan, BERIBU-RIBU BACAAN-BACAAN YANG BERBEDA-BEDA TELAH WUJUD secara harfiah DAN DIKENALI SEKITAR UMAT ISLAM DI ZAMAN 100-300 HIJRI. Perbedaan-perbedaan ini juga telah mempengaruhi mashaf kalifah Uthman, AKIBATNYA IA TELAH MENJADI SANGAT RUMIT DAN PERKARA SULIT UNTUK MEMBEZAKAN APAKAH BACAAN ASLINYA!  Bukanlah hal yang tidak adil atau ‘berat sebelah’ untuk membuat kesimpulan bahawa keadaan yang cukup keliru tentang al-Quran telah wujud pada tahun 300 Hijriah! Keadaan ini disebabkan oleh kerana jumlah bacaan-bacaan berbeda-beda al-Quran yang berleluasa, serta pilihan dan kecenderungan kelompok-kelompok Muslim tertentu bagi mashaf-mashaf al-Quran SELAIN DARIPADA koleksi Uthman bin Affan.  

 

Ilmuwan dan pakar kajipurba/arkeologi Eropah Dr.Arthur Jeffery telah menghasilkan sebuah karya berjudul: “Materials for the History of the Text of the Qur'an” yaitu “Bahan-bahan Bagi Sejarah Suhuf al-Quran”. Karya ini telah mendokumentasikan banyak bacaan-bacaan berbeda diantara koleksi-koleksi dan mashaf-mashaf yang bersaing pada zaman SEBELUM proses penyelarasan al-Quran yang telah diperintahkan oleh kalifah ketiga, Uthman bin Affan.

 

Dr.Jeffery menyatakan bahawa : “Apabila kita meninjau dan mengkaji cerita-cerita penyelarasan mashaf Uthman b.Affan, amatlah jelas sekali kerja beliau tidaklah hanya sekadar menghapuskan kejanggalan bacaan (seperti dipercayai oleh orang Islam), tetapi merupakan satu tindakan polisi bagi menegakkan satu ‘teks/mashaf piawai/standar’ untuk seluruh dunia Islam.” 

 

Dr.Jeffery meneruskan ulasannya :

 

Terdapat perbedaan-perbedaan yang jauh sangat di antara mashaf-mashaf dan suhuf-suhuf yang telah wujud yang telah dicantumkan ke dalam mashaf /suhuf kota-kota besar Madinah, Mekkah, Basra, Kufa dan Damsyik. 

 

Akibatnya,

 

“Cara penyelesaian Uthman b.Affan ialah untuk beliau menegakkan Suhuf Madinah, dan perintahkan supaya semua suhuf-suhuf yang lainnya UNTUK DIMUSNAHKAN!

 

Dr. Arthur Jeffery menyatakan bahawa:

 

“Tidak ada sedikit pun kekhuatiran dan kecurigaan bahwa suhuf yang telah dipiawaikan (ditegakkan) dan dipilih oleh Uthman b.Affan ialah HANYA SATU DI ANTARA BEBERAPA BANYAK MASHAF/ SUHUF-SUHUF YANG TELAH WUJUD PADA ZAMAN BELIAU.

 

Kesimpulan Dr.A.Jeffery ialah :

 

“Adalah jelas ketara bahawa Suhuf yang telah dipilih dan diselaraskan oleh kalifah Uthman itu adalah HANYA SATU KOLEKSI ANTARA BANYAK SUHUF-SUHUF YANG BERSAINGAN…dan juga terdapat banyak syak wasangka yang cukup berat bahawa Uthman juga telah merubah dan sunting suhuf pilihan beliau itu.

 

“Materials for the History of the Text of the Qur'an” (“Bahan-bahan Bagi Sejarah Mashaf/Suhuf al-Quran”) (Ibid. halaman ix-x; penekanan kami)

 

 

Cendekiawan yang cukup terkenal, W. Montgomery Watt, mengulas perkara bacaan-bacaan yang berbeda-beda di antara suhuf-suhuf Abdullah Ibn Masud dan Ubai Ibn Kabb, dan dia telah menulis :

 

Tidak ada salinan-salinan mana-mana suhuf atau mashaf-mashaf (al-Quran) terawal yang wujud pada hari ini. Tetapi Senarai Bacaan-bacaan berbeda-beda kedua-dua suhuf-suhuf yang disebutkan di atas itu ADALAH CUKUP PANJANG lagi ekstensif, senarai itu berjumlah sebanyak SERIBU LEBIH BACAAN DALAM KEDUA-DUA Suhuf tersebut!”

 

(W.M.Watt, Bell's Introduction to the Qur'an (Pengantar Kajian al-Quran) [Edinburgh: Edinburgh University Press, 1970], hal.45; penekanan kami)

 

 

Cendekia dan tokoh British Sir Norman Anderson telah menyatakan bahawa :

 

“Jadi walaupun suhuf Kufa milik Hafsah diterima secara umumnya dalam dunia Islam, kepercayaan umat Islam yang lazim bahawa mereka hari ini mempunyai ipsissima verba atau kata-kata sahih dari Muhammad, tanpa apa-apa penyelewengan, hanya adalah satu kejahilan dan suatu hemat yang berlandaskan kepada kebutaan sejarah, sebenarnya.

 

(Sir Norman Anderson, Islam in the Modern World (Islam Di Dunia Moden) [Leicester: Apollos, 1990], hal. 47; penekanan kami)

 

Tokoh Islamis Alfred Guillaume telah memperhatikan bahawa :

 

“Kedua-dua Al-Kitab dan Al-Quran telah tidak dipeliharakan dengan sempurnanya. Mereka masing-masing memiliki kecacatan dan kesilapan-kesilapan tekstual dan kecelaan suhuf. Terdapat juga pembacaan-pembacaan yang berbeda-beda di dalam suhuf-suhuf terawal…para Kristian dan Muslim yang jujur akan mengakui hakikat ini.”

 

Guillaume bersambung ulasannya :

 

“Perbedaan jelas di antara al-Quran dan Al-Kitab hari ini, ialah Gereja Kristian telah menyimpan dan memelihara secara rapi, semua bacaan-bacaan (dan suhuf-suhuf) yang wujud…Sebaliknya, para Muslim zaman Uthman b.Affan memutuskan bahwa adalah lebih sesuai sahaja untuk menghapuskan sebanyak-banyaknya suhuf-suhuf serta dalil bacaan-bacaan yang berbeda-beda itu. Ini dilakukan supaya satu dunia Islam akan membaca hanya satu suhuf al-Quran yang telah diselaraskan oleh kalifah Uthman itu.”

 

“Fakta-fakta ini senantiasa harus dititik-beratkan bersama-sama latar belakang dalil-dalil dari Hadith-hadith yang menyerlahkan bahawa al-Quran yang ada pada hari ini masih lagi TIDAK LENGKAP.

 

(Dipetik oleh Sir Norman Anderson, hal. 20-21; penekanan kami)

 

 

L. Bevan Jones menggulungkan dengan kesimpulan :

 

“...adalah satu hakikat [yang cukup benar] bahawa tidak ada mashaf atau suhuf yang telah mengalami penghapusan dan pemusnahan yang cukup luas dan ketara selain daripada koleksi al-Quran [semasa penyelarasannya].”

 

(Jones, The People of the Mosque [London: SCM Press, 1932]

 

Adakah ini semua helah dan konspirasi orang Kristian untuk memperkecilkan al-Quran? Jauh sekali! Jika benar-benar begitu, tidak terdapat ilmuwan-ilmuwan Islam sendiri yang akan mengulas dan membentangkan masalah awalan al-Quran ini. Tetapi, hujah-hujah para ilmuwan Barat di atas juga menerima sokongan dari tokoh-tokoh dan ilmuwan Islam sendiri.

 

Seorang tokoh Islam agung dan pujangga terkenal, Ibni Khaldun, juga bersetuju bahawa sememangnya ada korupsi di dalam al-Quran disebabkan pencatat-pencatatnya, mahupun hasil daripada kesilapan-kesilapan sengaja atau sebaliknya : 

 

“Tulisan Bahasa Arab pada zaman permulaan Islam bukanlah sesuatu yang bermutu tinggi atau pun sempurna dari segi ketepatan atau keunggulan. Ia juga bukan bermutu sederhana pun! Oleh sebab orang-orang Arab pada waktu itu bersifat kasar dan keganasan padang gurun dan tidak mahir atau arif tentang kesenian. Hakikat ini boleh dibandingkan dengan apa yang telah terjadi kepada ortografi al-Quran oleh kerana keadaan tersebut di atas. Orang-orang disekeliling Muhammad (termasuk para sahabatnya) telah mencatit al-Quran di dalam gaya tulisan yang masih belum lagi siap sempurna. KEBANYAKAN HURUF-HURUFNYA BERCANGGAH DAN BERTENTANGAN DENGAN CARA ORTOGRAFI YANG WAJIB BAGI PENULIS-PENULIS YANG ARIF DALAM SENI PENULISAN…Akibatnya, gaya ortografik orang-orang di sekitar Muhammad diguna-pakai dan diikuti, dan para ilmuwan yang arif tentang gaya ini telah memerhatikan ayat-ayat tersebut dimana gaya itu telah menonjol.”  

 

“Dalam hal ini, janganlah hiraukan diri dengan ‘pujangga-pujangga’ yang tidak bertanggung jawab yang berkata bahawa orang-orang disekeliling Muhammad adalah arif dengan seni menulis dan kononnya tidak ada percanggahan-percanggahan di antara karya-karya mereka dengan gaya dan tatacara ortografik yang betul. Contohnya, mereka cuba memberi penjelasan bahawa tambahan huruf alif di dalam “la 'adhbahannahU”-Saya akan sungguh-sungguh sembelihnya’, bahawa sembelihan itu tidak berlaku  ( lA 'adhbahannahU ). Tambahan huruf ya dalam bi-ayydin ‘dengan tangan (kuasa),’ mereka cuba jelaskan bahawa kuasa ilahi itu adalah sempurna. Ada banyak lagi bahan-bahan yang tidak berasas seperti di atas, yang berlandaskan kepada andaian-andaian yang wewenang dan ngawur semata-mata!     

 

“Mereka ini percaya bahawa penjelasan-penjelasan seperti di atas akan membebaskan orang-orang di sekitar Muhammad daripada tuduhan yang mereka ini bukanlah penulis dan pencatat yang arif atau sempurna. Jadi, mereka tidak mahu mengakui bahawa pencatit-pencatit ini sebenarnya tidak arif dan tidak pandai dalam cara penulisan.”

 

(Al-Muqaddima, Ibn Khaldun, Jilid. 2, hal. 382)

 

Petikan dan kutipan-kutipan di atas membuktikan bahawa ahli-ahli ilmuwan dan para cendekiawan Islam sedar akan kewujudan ratusan – malah ribuan, catatan-catatan al-Quran yang bertentangan. Amatlah naïf untuk umat Islam mengandaikan bahawa suhuf-suhuf dan koleksi tekstual Kitab Suci Injil yang berjumlah besar itu mencurigakan kesahihannya, jika begitu tanggapan mereka, mereka juga terpaksa membuat kesimpulan bahawa bacaan-bacaan berbeda-beda bagi al-Quran juga membuktikan bahwa al-Quran sendiri adalah tidak berwibawa. 

 

Sudah disenaraikan lapan orang para ilmuwan yang pakar dalam bidang sejarah, sejarah mashaf dan suhuf serta ortografi di atas, dan mereka semua mendapati bahawa memang ada asas bagi sangsi-sangsi dan mencurigai kesahihan suhuf atau teks al-Quran yang wujud pada hari ini. Hakikat ini pula dikonfirmasi oleh tulisan Ibni Khaldun, seorang pujangga dan ulamak Islam yang terkemuka.

 

Sebagai penutupnya, sesungguhnya Kitab Suci Injil adalah jauh lebih bermutu tinggi daripada al-Quran atau mana-mana kitab kuno. Ini adalah kerana Al-Kitab umat Kristian mempunyai jauh lebih banyak jumlah dalil-dalil dan bukti suhuf dan mashaf dan juga bukti-bukti bersejarah yang mendukung dan menyokong kesahihannya.

 


 

Index Utama