Masalah paling utama kita ialah walaupun Allah adalah keperluan terulung dalam hidup kita, manusia menghadapi satu dilema yang amat merumitkan, dan dilema inilah merupakan Prinsip 2: Dosa mengasingkan kita dari nikmat hadirat Allah dan semua berkat yang mengiringi perhubungan ini. Prinsip ini membuat kita mengakui bahawa dosa kita wujud dan kita semua mengalami akibatnya yang dahsyat.
Ada banyak aspek prinsip ini yang dapat membantu kita mengadakan diskusi yang mendalam dan bererti. Tetapi kita mesti bermula dengan isu-isu mendasar. Titik permulaan bagi prinsip ini ialah "khabar pahit." Walaupun kita mahu menikmati cahaya Allah, kita bersua dengan satu masalah besar yang menghalang kita dari mencapainya. Masalah ini ialah masalah dosa. Itulah khabar pahit yang saya maksudkan. Ada banyak petikan dalam Alkitab dan Al-Quran yang memberi kesedaran tentang dilema dosa ini.
Taurat
Tetapi yang merupakan pemisah antara kamu dan Allahmu ialah segala kejahatanmu, dan membuat Dia menyembunyikan diri terhadap kamu, sehingga Ia tidak mendengar, ialah segala dosamu.
(Yesaya 59:2)
Zabur
Seandainya ada niat jahat di dalam hatiku, tentulah Tuhan tidak mahu mendengar.
(Mazmur 66:18)
Injil
Jika kita berkata bahawa kita tidak berdosa, maka kita membuat Dia menjadi pendusta dan firmanNya tidak ada di dalam kita.
(1 Yohanes 1:10)
Al-Quran
Ya, barangsiapa mengerjakan kejahatan dan telah meliputi kesalahan itu, maka mereka itu penuhi neraka, sedang mereka kekal di dalamnya.
(Surah Al-Baqarah 2:81)
Ayat dari Al-Quran ini mempunyai maksud yang sama dengan ayat dari Injil yang berbunyi, "Upah dosa adalah maut" (Injil, Roma 6:23). Apabila kita berdosa kita menerima "upahnya" yang sesuai dengan akibat-akibat buruknya yang akan mengikuti. Surah Al-Baqarah 2:81 berkata bahawa orang berdosa dikelilingi dan dikuasai oleh dosa-dosanya. Jadi dia akan masuk ke neraka. Manusia diciptakan untuk menghayati perhubungan yang kekal serta akrab bersama Allah. Tetapi manusia dengan keras kepalanya telah memutus untuk meninggalkan Allah dan mengikut jalannya sendiri. Alkitab memanggil ini sebagai pemberontakan, penolakan, serta beberapa nama-nama lain termasuk dosa, ketidaksetiaan dan melanggar hukum Allah.
Apakah perbezaan di antara pemberontakan aktif dan penolakan pasif terhadap Allah? Mengapa, mengikut pendapat anda, penolakan pasif juga dikira sebagai dosa? Menurut pendapat anda mana yang lebih biasa: pemberontakan aktif atau penolakan pasif terhadap Allah? Ini adalah soalan-soalan yang bagus bagi kita memikirkan. Tetapi hakikat paling utama ialah kesedaran akan kewujudan Dosa serta akibat-akibat Dosa seperti terhurai di atas.
Dosa ini bukan hanya berita buruk ia adalah berita yang paling buruk. Mengapa? Kerana dosa mengasingkan kita daripada Allah. Akibat pengasingan ini, kita dikuasai perasaan-perasaan seperti takut, kehampaan, kekosongan, serba-salah, hilang arah tujuan, tidak damai dan gelisah. Jika kita mengejar dosa secara aktif, ini menunjukkan kita sudah ketagih, bahawa kita sedang mengejar tabiat-tabiat yang memusnahkan kita, yang merupakan tanda kita sudah dijangkiti penyakit. Tetapi ada juga di antara kita yang menolak jalan Allah, dengan cara ini kita telah mengangkat diri kita sebagai Allah, contohnya sebagai penentu muktamad dalam apa yang betul dan salah.
Kebanyakan orang cuba berdalih tentang dosa. Mereka lebih senang berfikir bahawa dosa mereka itu hanya satu kesalahan atau kesilapan. Ramai orang tidak percaya manusia itu berdosa, tetapi menganggap manusia pada amnya adalah baik. Jika ini pandangan anda, saya berharap ayat-ayat firman Tuhan yang telah tertera disini serta keterangan yang telah diberi setakat ini akan mencabar fahaman kamu.
Jika anda setuju bahawa manusia akan dihukum sesuai dengan dosa yang telah mereka lakukan, ayat-ayat berikut mungkin tidak perlu dibaca. Walaupun begitu adalah baik anda mengambil sedikit masa untuk memerhatikan apa yang tertulis dalam kitab-kitab suci Allah tentang hakikat ini.
Taurat
Apabila mereka berdosa kepadaMu karena tidak ada manusia yang tidak berdosa dan Engkau murka kepada mereka dan menyerahkan mereka kepada musuh, sehingga mereka diangkut tertawan ke negeri musuh yang jauh atau yang dekat.
Sebab aku sendiri sedar akan pelanggaranku, aku senantiasa bergumul dengan dosaku."
Jika kita berkata, bahawa kita tidak berdosa, maka kita menipu diri kita sendiri dan kebenaran tidak ada di dalam kita.
Sesungguhnya untuk orang-orang yang aniaya ada sebahagian seksa, seumpama bahagian teman-temannya, maka janganlah mereka meminta segerakan (seksa itu). Maka celakalah bagi orang-orang kafir pada hari yang dijanjikan kepada mereka.
Ada orang berkata bahawa tidak ada konsep dosa dalam Al-Quran. Akan tetapi ayat-ayat Al-Quran yang baru sahaja dibaca menafikan tuduhan itu. Ayat-ayat Al-Quran ini menekankan akibat-akibat dosa. Di sini saya huraikan beberapa lagi nas-nas dari Al-Quran untuk membantu anda memahami kebenaran ini bahawa semua manusia sudah pun dicemari dosa.
Al-Quran
(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di atas bumi (Adam). Maka jawab mereka itu: Adakah patut Engkau jadikan di atas bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpahkan darah, sedang kami tasbih memuji Engkau dan menyucikan Engkau?
Al-Quran
Kemudian Adam memperoleh beberapa kalimat dari Tuhannya (ia minta ampun), lalu Allah menerima taubatnya, sesungguhnya Dia Penerima taubat lagi Penyayang.
Lalu keduanya memakan ubat itu, maka kelihatanlah kemaluan (aurat) keduanya, lalu keduanya menutupinya dengan daun pohon kayu syurga. Dan Adam mendurhakai Tuhannya, lalu ia jahil (tersesat dan tercela).
(Adat mereka itu) seperti ada keluarga Firaun dan orang2 yang sebelumnya. Mereka itu mendustakan ayat2 Kami lalu Allah menyeksa mereka, sebab dosanya dan Allah sangat keras siksaanNya.
Celakalah untuk tiap-tiap orang pembohong lagi berdosa. Ia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya, kemudian ia tetap menyombongkan diri, seolah-olah ia tidak mendengarkannya. Maka berilah ia khabar dengan seksaan yang pedih.
Apakah saudara dan saudari sedia mengakui bahawa anda memiliki pengaruh
dosa di dalam hidupmu ? Jika anda mengakui pernah berdosa, ingin saya bertanya
lagi: Apakah, menurut hemat anda, yang dapat mengubati semua akibat-akibat
dosa-dosa itu?