Clean MicrosoftInternetExplorer4

 

Perhatikan Carta di bawah ini Untuk Teliti Perbandingan dan Perbedaan yang Ketara
Di antara Sayyidina Musa dan Muhammad
, dan Sebaliknya, Kemiripan yang Jelas
di antara Sayiddina Isa Al-Masih dengan Sayyidina Musa

 


Peristiwa-peristiwa Kehidupan Yang Utama : 


Sayyidina
Musa


Sayyidina
Isa Al-Masih



Muhammad


I.


Zaman Kanak-kanak Sebelum
Menjadi Baligh


Pembesaran baginda serba lengkap, stabil lagi mewah. Musa dibesarkan di dalam Istana Firaun Mesir. Segala keperluannya mencukupi (Keluaran 2:1-9) Baginda telah dibesarkan oleh ibu kandungnya sendiri
(Keluaran 2: 6-9).

 


Pembesaran Baginda cukup stabil dan serba lengkap dalam keadaan rumahtangga yang damai sejahtera. Dia JUGA dibesarkan oleh ibu kandungNya sendiri.
(Matius
2:11, 2:19-21).  


Pembesaran beliau dalam keadaan serba berkurangan. Dia tiada berbapa bila dilahir, dan penjaganya bertukar tangan daripada datuknya ke pakciknya setelah kematian ibunya (dia yatim piatu). Dia TIDAK dibesarkan oleh ibu kandungnya sendiri.
(Sirat Rasulullah 73-79).


II.

Pendidikan dan Pembelarajan Mereka


Musa telah menjadi Putera kepada Puteri Firaun. Puteri inilah yang menamakan baginda ‘Musa’ (Keluaran 2 ayat 10). Musa telah diberi pendidikan yang cukup tinggi dan istimewa sebagai seorang Putera dalam
Istana Firaun

(Kisah Rasul-rasul
7: 22).


Isa Al-Masih telah dididik sebagai seorang Yahudi yang alim dalam akidah Taurat dan pengajarannya. Bila Baginda meningkat umur hanya 12 tahun, Isa Al-Masih sudah pun memiliki pengetahuan Taurat yang sangat mantap lagi amat mengagumi (Lukas 2: 41-50).


Muhammad dianggap sebagai Nabi yang Ummi dalam dunia Islam. Menurut tradisi Islam sendiri, beliau buta huruf dan dia TIDAK berpelajaran dan juga tidak berpendidikan. Ini adalah satu PERBEDAAN yang jelas ketara dan penting dengan Nabi Musa.


III.

Perbuatan Keajaiban & Mukjizat–mukjizat Hebat yang menjadi Tanda-tanda Nyata semasa pelayanan masing-masing


Musa telah melakukan banyak mukjizat-mukjizat di khalayak ramai
dengan pertolongan Allah, dan ini telah menjadi tanda-tanda yang nyata kepada Firaun. Akhirnya dia membenarkan    umat Yahudi keluar daripada negeri Mesir.
 (Keluaran 5:1-12, Keluaran 9,10,11,12,13,14), (Surah 7: 122-128, 14: 5,6, 17: 101).
 


Isa Al-Masih
juga telah melakukan banyak sekali keajaiban  dan mukjizat-mukjizat hebat di depan khalayak ramai
di muka umum. Seperti menghidupkan orang-orang yang sudah mati, menyembuhkan sakit penyakit mereka yang berpenyakit, memberi makanan dan minuman yang mencukupi kepada orangramai dan juga mengampuni dosa-dosa mereka yang ingkar kepada Allah.
(Matius 8:1-17, Lukas 11:14-23,
8:40-56) (Surah 3: 49, dll). 


Muhammad, nabi Islam TIDAK melakukan satu pun keajaiban atau mukjizat di depan orang ramai.
Bila di cabar orang ramai bagi satu mukjizat, dia tidak melakukannya, cuma kata Quranlah ‘peringatan’nya. (Surah 28:48-49, 29:50-51). Ini SATU LAGI PERBEDAAN yang jelas dengan Musa.


IV.

Perhubungan Mereka dengan Negeri Mesir

 


Musa telah tinggal di negeri Mesir selama 40 tahun yang pertama hayatnya dan juga Musa  membesar di dalam Istana Firaun. Sesudah itu baginda telah berhijrah keluar dari Mesir, bersama-sama dengan saudara2 seumatnya sesuai dengan sabda dan perintah Allah.
(Keluaran 12, 13,14 15).



Firaun Mesir, seorang pemerintah, telah mencuba membunuh Musa sesudah memusuhinya di zaman itu.
 (Keluaran 1:15-2:10).

 


Al-Masih Isa bersama-sama dengan keluarga Baginda juga telah tinggal di negeri Mesir dengan kehendak Allah (Mat.2:13). Selepas itu, Baginda bersama-sama dengan saudara-mara Baginda telah berhijrah kembali ke tempat asal mereka di
Israel, sesuai dengan sabda dan nubuat Allah dalam Hosea 11:1
(Mat.2:13-23).

Raja Herod, pemerintah sezaman dengan Isa al-Masih juga telah mencuba membunuh Baginda di waktu itu.
 (Matius 2).
  


Muhammad tidak ada perhubungan yang penting atau istimewa dengan negeri Mesir.

Beliau TIDAK pernah lari ke Mesir
untuk selamatkan diri daripada musuh-musuhnya!

Lagi satu perbedaan yang sangat jelas di antara Muhammad DAN kedua-dua Musa dan Isa
Al-Masih.


V.

Makam dan Tempat Bersemadi Mereka

 


Sehingga pada hari ini, tidak sesiapa pun yang tahu di mana letaknya Makam dan tempat pengkebumian Musa. Dia wafat di atas Gunung Nebo, tetapi tempat pengkebumian baginda di
sana tidak dapat dicari atau ditemui, sesuai dengan firman dan sabda Allah.
 (Ulangan 34:1-5, Ulangan
 34: 6
).


Orang ramai
cuba mengagak lokasi Makam Isa Al-Masih. Tetapi tekaan mereka belum pasti lagi, kerana tidak ada bahan-bahan ketinggalan Isa A.M. di sana! Sesudah wafat, Baginda telah bangkit dari kematian 3 hari kemudian dan kembali ke alam Jannah. Ini pula adalah sesuai dengan sabda firman Allah dari
 Nabi Yesaya.
(Lukas 23-24,
Yesaya 53: 9-12).


Seluruh dunia tahu di mana letaknya Makam Muhammad.
Beribu-ribu orang menziarahi makamnya di
Kota Madinah tiap-tiap tahun.

Lagi SATU BUKTI jelas ketidak-miripan Muhammad dengan Nabi Musa.


VI.

Pertalian Darah Di Antara Mereka


Nabi Musa berasal daripada suku kaum LEVI, salah satu daripada
dua-belas suku sanak
saudara Nabi Yakub
dalam Bani Israel.
(Keluaran 2 : 1-2).


Isa Al-Masih berasal daripada suku kaum JUDAH, salah satu daripada dua-belas suku sanak saudara Nabi Yakub dalam Bani Israel.
(Matius 1 : 1-2).
Jadi, Isa adalah saudara secara langsung dengan Musa melalui pertalian darah daging mereka.


Muhammad bin Abdullah berasal daripada suku Banu Hashim dari kaum Quraish. Mereka adalah satu bangsa Arab yang berpindah-randah (badui) di tanah Hijaz. Jelas sekali, Muhammad bukanlah saudara kepada Nabi Yakub atau pun Musa secara langsung.


 

 

Sudah amat jelaslah, dengan semua perbandingan ini, kita dapat melihat betapa ketara bezanya Nabi Muhammad daripada Nabi Musa. Ini sesungguhnya membuktikan umat Islam yang cuba mencari kemiripan antara Musa dan Muhammad hanya melakukannya kerana mereka sudah terdesak untuk mengesahkan ‘kerasulan’ nabi Muhammad konon, melalui rujukan-rujukan dari Kitab Taurat. Jadi, di manakah ‘pengesahan’ dan kemiripan itu ? LANGSUNG TIDAK ADA SAMA SEKALI! 

 

Contohnya, Nabi Musa, walau pun beliau hidup dalam keadaan serba lengkap dan mewah dalam Istana Firaun, dia dibesarkan oleh ibu kandungnya sendiri,. Nabi Muhammad sudah jelas TIDAK SEPERTI BEGITU. Dia kehilangan kedua-dua ibu-bapanya satu persatu semasa dia masih kanak-kanak kecil lagi.


Pendidikan dan pembelajaran Nabi Musa itu cukup lengkap dan sempurna kerana baginda dibesarkan sebagai anak kepada tuan Puteri Firaun di dalam Istana Mesir. Nabi Muhammad itu, SEBALIKNYA seorang yang ummi, yaitu seorang yang dikira tidak berpendidikan. Ini satu lagi perbedaan yang jelas ketara!

 

Taurat DAN Quran kedua-duanya mengajar Nabi Musa telah melakukan banyak sekali keajaiban dan mukjizat yang cukup hebat di muka umum. Surah 7/128-134, 138. Hasilnya Bani Israil dapat keluar daripada cengkaman zalim Firaun itu. Sebaliknya, Muhammad itu TIDAK! Dia tidak melakukan satu pun keajaiban mukjizat di muka umum atau di khalayak ramai menurut al-Quran! Sebaliknya al-Quran sendiri mengakui bahawa Muhammad tiada bermukjizat seumpama Nabi Musa :

“Setelah rasul datang kepada mereka, mereka berkata: ’Mengapa TIDAK DIBERIKAN KEPADA MUHAMMAD SEUMPAMA YANG DIBERIKAN KEPADA NABI MUSA (YAKNI TANDA-TANDA MUKJIZAT)?’ .. Katakanlah ya Muhammad – Maka kamu tunjukkanlah sebuah Kitab dari Allah..”

 

SURAH 28/48-49

 

Nas di atas menunjukkan Quran sendiri mengajar tentang ketidak-miripan Muhammad dengan Musa dalam perkara pembuatan keajaiban-keajaiban dan mukjizat yang hebat di khalayak ramai. Inilah lagi perbedaan yang jelas ketara di antara Musa dan Muhammad!

 

Jadi siapakah yang dirujuki oleh nubuat di dalam Kitab Taurat itu :

 

“Seorang Nabi dari tengah-tengahmu, dari antara saudara-saudara kamu, sama seperti aku (yakni NABI MUSA), akan dibangkitkan bagimu oleh Tuhan Allahmu; dialah yang harus kamu dengarkan..seorang Nabi akan Ku bangkitkan bagi mereka dari antara saudara mereka; seperti engkau (Nabi Musa) ini; Aku akan menaruh firman-ku dalam mulutnya, dan dia akan mengatakan kepada mereka segala yang Ku perintahkan kepadanya.”    

 

Ulangan 18: 15, 18

 

Jelas sekali dia bukanlah Muhammad! Oleh kerana dia bukan dari salah satu daripada dua belas suku saudara Bani Israel. Inilah nama-nama dua-belas suku sanak-saudara Bani Israel, yakni mengikut 12 anak lelaki Yakub :

 

“Reuben, Simeon, LEVI, Issachar, JUDAH, Zebulun, Yusuf, Benyamin, Dan, Naphtali,  Gad dan Asyer”

 

Kejadian 35: 23-26

 

Sebaliknya pula, Isa Al-Masih itu adalah dari suku JUDAH (Matius 1: 1-2) yaitu saudara dengan LEVI, dan Levi adalah leluhur kepada Nabi Musa (lihat Carta di atas). Jadi, jelaslah Sayyidina Isa al-Masih adalah saudara kepada Nabi Musa kerana pertalian mereka sesama sendiri melalui dua-belas Suku Bani Israel!

 

 Sebaliknya, Muhammad bukanlah dari keturunan salah satu pun daripada dua-belas suku Bani Israel itu. Dia adalah seorang non-Jew atau non-Yahudi. Oleh itu beliau tidak layak sekalipun berhak tuntut pertalian saudara dengan Nabi Musa!

 

Sayidina Isa al-Masih, sebaliknya, telah berkata bahawa semua nubuat di dalam Taurat, Zabur dan Tulisan-tulisan Nabi merujuk kepada Baginda sendiri, dan TIDAK kepada mana-mana orang lain.

 

“Isa berkata kepada mereka: ‘Inilah perkataan-Ku, yang telah Ku katakan kepadamu ketika Aku masih bersama-sama dengan kamu, yakni bahawa HARUS DIGENAPI SEMUA YANG ADA TERTULIS TENTANG AKU (YAITU ISA) dalam Kitab Taurat Musa, dan Kitab nabi-nabi dan Kitab Zabur. Lalu Isa membuka fikiran mereka, sehingga mereka mengerti Kitab Suci.

Kata-Nya kepada mereka :

Ada tertulis demikian: Al-Masih harus menderita dan bangkit dari antara orang mati pada hari yang ketiga, dan lagi: dalam nama-Nya berita tentang pertaubatan dan pengampunan dosa harus disampaikan KEPADA SEGALA BANGSA, mulai dari Yerusalam.

Kamu adalah saksi-saksi dari semuanya ini.”

 

Lukas 24 ayat 44 - 48


    Para Hawariyyun dan pengikut-pengikut Al-Masih Isa pun telah menyahut perintah Baginda dengan sebulat hati dan segenap jiwa mereka. Mereka telah benar-benar menyedari SIAPAKAH itu yang telah Allah janjikan melalui Nubuat Musa itu dalam Ulangan 18, serta apakah PERANANNYA AL-MASIH ITU.  Adakah mereka pernah menunggu dan berharap kedatangan kononnya satu lagi rasul yang akan datang selepas Isa Al-Masih bernama ‘Muhammad’? Tidak sama sekali. Kerana sejak permulaan dan dari awal-awal lagi, Isa Al-Masih tidak pernah mengajari mereka tentang teori itu! Lebih-lebih lagi, BAGI SEMUA para Hawariyyun dan murid-murid Sayyidina Isa, nubuat agung dari Kitab Taurat itu yakni dari Ulangan 18: 15 dan 18 itu, DENGAN LAZIMNYA MEREKA TELAH MERUJUKKAN NUBUAT INI KEPADA ISA AL-MASIH dan TIDAK PERNAH kepada mana-mana individu lain.

 

Kajilah kata-kata khutbah Hawariyyun Shamoun Petrus yang diucapkannya di Serambi Sulaiman dalam Baitullah, Yerusalem, sesudah Kebangkitan rabbinya Al-Masih Isa kembali ke alam jannah :

 

 “Bukankah telah dikatakan Musa sesungguhnya kepada nenek moyang kita,

‘Allah Tuhanmu akan membangkitkan untukmu seorang Nabi sepertiku

Dari kalangan saudara-saudaramu.

Dengarlah segala kata-Nya kepadamu dalam semua hal.

Setiap jiwa yang tidak mendengar kata Nabi itu akan dibinasakan sama sekali dari kalangan kaumnya.’

Ya, semua nabi, dari Samuel  dan selepasnya, semua yang telah bersuara, juga telah bernubuat tentang zaman ini.

Kamu adalah anak cucu nabi-nabi itu, dan waris perjanjian yang dibuat Allah dengan nenek moyang kita melalui firman-Nya kepada Ibrahim,

‘Dalam benihmu (Ibrahim) semua kaum di dunia akan diberkati.’

Pertama sekali kepada kamu, Tuhan telah membangkitkan Al-Masih-Nya, Sayyidina Isa, dan menghantar-Nya untuk

 

memberkatimu dengan memalingkan kamu sekalian daripada segala kejahatanmu.”

 

Kisah Rasul-Rasul 3 : 22 - 26

 

Demikianlah bunyinya khutbah Petrus kepada saudara-maranya umat Yahudi di Baitullah di BaitulMaqddis. Petikan beliau dari Kitab Taurat Musa adalah dari Ulangan 18 : 15 dan 18. Rujukannya nubuat ini tidak lain dan tidak bukan dirujukkan Petrus kepada satu-satunya Rabbinya yakni Isa Al-Masih.

 

Rasul Petrus bukanlah seorang sahaja yang telah merujuk kepada nubuat ini! Seorang lagi dari para hawariyyun Al-Masih Isa – Stephanus, juga telah memetik daripada nubuat yang SAMA dari Ulangan 18. Kata-kata beliau telah termaktub di dalam Kitab Suci Injil seperti berikut:

 

Musa memimpin orang Israel keluar dari Mesir setelah melakukan pelbagai mukjizat dan keajaiban di Mesir, di Laut Merah

dan kemudian di tanah belantara selama empat puluh tahun.

Musa inilah yang berkata kepada bangsa Israel,

‘Allah akan mengutus seorang Nabi kepadamu,

Sebagaimana Dia telah mengutuskan dari kalangan bangsamu.

Dengarlah kata-Nya.’

Musa inilah yang bersama-sama bangsa Israel berhimpun di tanah belantara.


Dia di
sana berserta nenek moyang kita dan malaikat yang berkata-kata kepadanya di Gunung Sinai.


Dialah yang menerima firman hidup, untuk disampaikan kepada kita.

 

 

Kisah Para Rasul 7 : 36 – 38

 

Petikan di atas adalah sebahagian daripada ucapan pembelaan diri Stephanus apabila beliau telah dituduh oleh Imam Besar agama Yahudi yang mendakwakan pengikut-pengikut Isa Al-Masih dan menuduh bahawa Isa Al-Masih itu “Akan merubahkan tempat suci di Yerusalem dan mengubah adat istiadat orang-orang Yahudi” (Kisah Para Rasul 6 : 14-15).

 

Sesudah memberi ucapan pembelaannya di depan majlis agama dan Imam-imam besar Yahudi, Stephanus telah menyempurnakan kesaksiannya kepada Rabbinya Isa, dengan mengorbankan nyawa beliau sebagai syahid pertama dalam agama Kristian.

 

Nah, sudah menjadi amat jelaslah umat Kristian dan Yahudi sudah pun tahu tentang nubuat Ulangan 18:15 dan 18 itu. Dan semua murid-murid Al-Masih Isa sudah mengakui dan mengisytiharkan bahawa Isa Al-Masihlah yang sewajarnya disebut-sebutkan dan yang dinubuatkan di dalam nubuat Ulangan 18 : 15 dan 18 itu lebih daripada LIMA ABAD SEBELUM TIMBULNYA Muhammad nabi Islam.

 

Umat Kristian sudah pun kenal, tahu dan mengakui SIAPAKAH NABI YANG DINUBUATKAN ITU dari Ulangan 18, dan Baginda ialah tidak lain tidak bukan Isa Al-Masih sendiri, dan hakikat ini sudah termeterai dan termaktub dalam Kitab Suci Injil lebih daripada LIMA KURUN SEBELUM MUNCULNYA dan lahirnya Muhammad bin Abdullah, sebagaimana betapa jelas Carta Perbandingan di atas sudah memaparkan!

 

Hanya segelintir umat Muslim yang sudah terdesak, dan masih sanggup menyalah-tafsirkan Nas firman Allah dari Ulangan 18 ini dan cuba merujukinya kepada Muhammad nabi Islam. Tetapi sudah terbuktilah tindakan terdesak mereka itu adalah (i) suatu salah tafsiran yang ketara dan (ii) juga amat buta kepada fakta-fakta sejarah serta (iii) tidak sekali pun memihak kepada Kebenaran !

 

Selain daripada itu, umat Kristian keberatan untuk menerima Muhammad sebagai seorang ‘rasul’ kerana (iv) Sayyidina Isa Al-Masih tidak pernah bernubuat tentangnya atau mengajarinya! Jika Baginda ada mengajari tentang Muhammad, orang Nasrani Kristian akan datang beramai-ramai dan mempercayai ajaran Muhammad secara sukarela. Tetapi, kepada SEMUA PARA Sahabat Sayyidina Isa, Murid-murid, para pengikutnya DAN Para Hawariyyun sendiri teori ini amatlah JANGGAL KEPADA MEREKA SEMUA, dan tuntutan ini yang hanya timbul lebih daripada LIMA KURUN -YAITU LEBIH 600 tahun KEMUDIAN; adalah suatu penyelewengan yang tidak dapat masuk akal langsung bagi semua pengikut-pengikut Isa al-Masih yang tidak pernah mengajari teori itu sekalipun PADA ZAMAN BAGINDA! Dan (v) Musa dan Kitab Taurat yang sejati juga tidak bernubuat tentang kedatangan Muhammad. Jikalau ada, umat Yahudi akan berpusu-pusu dan berduyun-duyun memeluk ajaran yang dipelopori Muhammad. Tetapi apa yang sebenarnya telah terjadi adalah sebaliknya!

 

Tindakan umat Kristian ini adalah bukan sesuatu yang disengajakan sahaja! Tetapi sebaliknya mereka sesungguhnya tidak mempunyai sebab-sebab yang cukup wajar dan munasabah untuk mempercayai atau pun menerima kerasulan Muhammad itu.

 


Index Utama