PRINSIP KETIGA: Manusia Kini Terkandas
- Kita
Tidak Dapat Menyelamatkan Diri Kita Sendiri
Apabila kita memberi perhatian kepada apa yang boleh dilakukan tentang masalah dosa kita, kita akan dapati bahawa usaha manusia tidak berguna. Kita akhirnya perlu mencari Allah untuk jalan penyelesaian-Nya. Dengan itu kita sekarang beroleh ke Prinsip ketiga : Kita tidak berupaya untuk selamatkan diri kita daripada cengkaman dosa dan maut ini. Mari kita sekarang perhatikan beberapa perkara yang berhubung-kait dengan hakikat ini yang boleh dijadikan bahan dialog bersama-sama.
Hakikat yang pertama yang harus kita sedari ialah kita tidak dapat menyelamatkan diri kita sendiri dari segala akibah-akibah dosa dengan beramal salih mahupun dengan melakukan perbuatan-perbuatan baik atau beramal ibadah, seperti mana kita tidak dapat menghasilkan air masin daripada mata air yang pahit. Ramai orang percayakan perbuatan baik, kehidupan yang salih dan beramal ibadah boleh menyelamatkan kita kerana terkumpulnya pahala yang banyak-banyak. Akan tetapi ada banyak petikan dalam Alkitab (yakni Taurat, Zabur dan Injil) dan Al-Quran yang menidakkan konsep penyelamatan jiwa kita melalui pengumpulan pahala-pahala sebanyak-banyaknya :
Taurat
Ada jalan yang disangka orang lurus, tetapi hujungnya menuju maut.
(Amsal 14:12)
Zabur
... tetapi orang yang menyimpang ke jalan yang berbelit-belit, kiranya TUHAN mengenyahkan mereka bersama-sama orang yang melakukan kejahatan.
(Mazmur 125:5)
Injil
Tetapi ketika nyata kemurahan Allah, Penyelamat kita, dan kasih-Nya kepada manusia, pada waktu itu Dia menyelamatkan kita, bukan kerana perbuatan baik yang telah kita lakukan, tetapi kerana rahmat-Nya.
(Titus 3:4-5)
Al-Quran
Biarkanlah orang yang mengambil agamanya menjadi permainan dan pergurauan, dan mereka terpedaya oleh (kesenangan) hidup di dunia dan berilah mereka peringatan dengan Quran supaya jangan dijatuhkan diri mereka ke lembah kebinasaan kerana usahanya. Tidak adalah baginya wali dan tiada pula pembantu, selain dari pada Allah. Jika dia tebus dengan bermacam-macam tebusan, tiadalah diterima dari padanya. Mereka itulah orang yang akan dijatuhkan ke lembah kebinasaan kerana usahanya.
(Surah Al-Anaam 6:70)
Apa yang dimaksudkan oleh surah ini dalam kata-kata lain, ialah, "Awaslah supaya kamu tidak menerima kemusnahan yang sepatutnya jiwa kamu yang berdosa terima kerana apa yang telah kamu lakukan. Selain Allah, kamu tidak mempunyai harapan untuk keselamatan tidak ada wali dan pembantu yang boleh menolong kamu. Walaupun jiwa anda cuba menawarkan sesuatu yang besar (bermacam-macam tebusan), tidak ada pahala yang mencukupi untuk menyelamatkan kamu. Tidak ada apa-apa yang boleh menyelamatkan kamu kecuali Allah."
Manusia mencuba menyingkirkan akibat-akibat dosanya dengan melakukan kebaikan . Dia cuba memperbanyakkan pahala-pahalanya baiknya (berbanding dengan ganjaran-ganjaran jahat) dengan melakukan perbuatan-perbuatan baik seperti aktiviti-aktiviti keagamaan, kerja-kerja kebajikan serta aktiviti-aktiviti politik. Tetapi malangnya manusia lupa bahawa kesalihan yang dicarikannya itu bersumberkan satu kehidupan yang tercemar, kerana setiap insan di dunia, termasuk Nabi-nabi dan rasul-rasul; sudah pun dicemari oleh dosa (KECUALI 'Isa al-Masih). Jadi, kesalihan yang dihasilkannya itu juga tercemar oleh kesan -kesan dosa dan tercela! Seperti yang dikatakan Taurat dalam Yesaya 64:6, "Demikianlah kami sekalian seperti seorang najis dan segala kesolehan kami seperti kain kotor."
Letih dan sedih kerana kehidupannya yang berdosa, seorang lelaki membuat keputusan untuk berjalan jauh mencari nasihat dari seorang sahabat yang salih. Apabila dia sampai kedestinasinya, dia terus menceritakan kepada sahabatnya bagaimana perasaan serba salah dan kerisauannya serta rasa dukacita menyiksakannya siang dan malam. Dia bertanya kepada kawannya, "Apakah yang boleh saya lakukan untuk menghilangkan perasaan-perasaan negatif ini dan memperolehi aman damai dan kegembiraan?"
Sebelum menjawab soalan itu, sahabatnya menyuruh hambanya untuk membawa minuman sejuk untuk pelawat yang letih itu. Hamba itu pun kembali dengan cepat bersama minuman itu. Tetapi sebelum memberi peluang kepada tetamunya yang haus itu melegakan kehausannya, orang salih itu menitiskan setitik besar dakwat yang menghitamkan minuman itu. Tetamunya terkejut dan terus bertanya, "Apakah yang kamu lakukan?"
"Menjawab soalan kamu," jawabnya. "Kamu tidak akan menerima minuman ini kerana saya telah merosakkannya dengan satu titik dakwat. Tetapi kamu mahu Allah yang maha suci menerima pahala-pahala 'baik' kamu walaupun kamu telah mencemari perbuatan-perbuatan itu dengan kesan-kesan berdosa dari hati, fikiran dan minda kamu!"
Lelaki itu memahami pengajaran yang baru sahaja diberikannya. Pada saat itu juga dia meminta pengampunan dan penyucian daripada Allah. Memahami hakikat ini tentang dosa-dosanya membolehkannya menerima khabar baik tentang Allah yang sudah pun membereskan masalah dosa manusia untuk selama-lamanya.
Dosa-dosa kita secara lazimnya dapat mengatasi pahala-pahala kita kerana perbuatan-perbuatan baik orang -orang yang dicemari dosa tidak akan diterima oleh Allah. Oleh itu, kerana daya-upaya manusia tidak dapat diperkenankan Allah, umat manusia seharusnya menerima hakikat-hakikat keadaannya yang terkandung didalam firman Tuhan. Manusia, kini, perlu mengambil satu langkah beriman, bersikap rendah hati dan berserah diri kepada kaedah penyelesaian Allah. Perhatikan apa yang dikatakan AlKitab dan Al-Quran tentang jawapan ini:
Taurat :
Lalu percayalah Abram kepada TUHAN maka TUHAN memperhitungkan hal itu kepadanya sebagai kebenaran.
(Kejadian 15:6)
... tetapi orang yang benar itu akan hidup oleh percayanya.
(Habakuk 2:4)
Zabur :
... kepada kasih setia-Mu aku percaya, hatiku bersorak-sorak kerana penyelamatan-Mu.
(Mazmur 13:6)
Perlihatkanlah kepada kami kasih setia-Mu, ya Tuhan, dan berikanlah kepada kami keselamatan daripada-Mu! Sesungguhnya keselamatan daripada-Nya dekat pada orang yang takut akan Dia.
(Mazmur 85:8,10)
Injil
Sebab kerana kasih kurnia kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Allah, itu bukan hasil pekerjaanmu: jangan ada orang yang memegahkan diri.
(Efesus2:8-9)
Al-Quran
Sesungguhnya segolongan di antara hamba-hambaKu yang berkata: Ya Tuhan kami, kami telah beriman, sebab itu ampunilah (dosa) kami dan kasihanilah kami dan Engkau sebaik-baik yang mengasihani.
(Surah Al-Mukminuun 23:109)
Surah ini menyatakan bahawa ada orang yang faham bahawa mereka mesti bergantung kepada belas kasihan Allah kerana perbuatan-perbuatan mereka tidak memadai atau mencukupi. Itulah juga sebabnya mengapa Al-Quran ada mengatakan ini:
Tuhanmu telah menetapkan atas diriNya akan memberi rahmat. Sesungguhnya siapa mengerjakan kejahatan di antaramu, sebab kejahilannya (tiada berilmu), kemudian ia bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Pengampun, lagi Penyayang.
(Surah Al-Anaam 6:54)
Beriman kepada Allah serta memohon belas kasihan-Nya akan membawa pengampunan, seperti yang jelas dinyatakan dalam surah berikut :
Maka ketahuilah (ya Muhammad) bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan, melainkan Allah dan minta ampunlah (kepadanya) untuk dosa engkau dan untuk orang beriman laki-laki dan orang beriman perempuan.
(Surah Muhammad 47:19)
Adalah jelas dari ayat ini bahawa tidak ada orang yang boleh lepas dari perlunya pengampunan. Muhammad pun telah dilanda masalah dosa dalam dirinya.
Tidak ada paksaan dalam agama, sesungguhnya sudah nyata petunjuk dari pada kesesatan. Barang siapa yang tidak percaya kepada berhala dan beriman kepada Allah, sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang teguh yang tidak akan putus. Allah Mahamendengar, lagi Mahamengetahui. Allah wali (memimpin) orang yang beriman, dikeluarkannya mereka dari gelap gulita ke dalam nur (terang benderang).
(Surah Al-Baqarah 2:256-257)
Dalam ayat ini Allah sedang memberitahu kita bahawa manusia tidak boleh dipaksa menerima agama yang mereka tidak rela memeluki. Mereka sendiri yang mesti memilih untuk meninggalkan berhala-berhala mereka dan beriman dalam Allah, serta menerima berkat-berkatNya dengan keazaman yang bersungguh-sungguh. Allah sendiri adalah penebus kita, bukanlah pengumpulan pahala-pahala kita. Allah sahajalah adalah Penyelamat kita. Dialah yang mengalihkan jiwa-jiwa manusia daripada kegelapan ke dalam terang-Nya yang agung.
Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mendengar orang berseru yang menyeru kepada keimanan (seraya berkata): Berimanlah kamu kepada Tuhanmu, lalu kami beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan tutuplah kesalahan kami dan matikanlah kami bersama-sama orang yang baik.
(Surah Ali Imran 3:193)
Utusan ayat diatas ini jelas: Beriman dan terima pengampunan untuk dosa-dosa lampau dan kini. Berapa kalikah telah anda berusaha untuk membetulkan kehidupan anda yang berdosa, atau untuk mengatasi satu tabiat yang buruk?
Kita semua adalah orang yang telah dicemari dosa termasuk manusia seluruh dunia. Walaupun begitu, ada ramai insan yang telah berjaya mencapai kebebasan daripada ikatan dosa dan mengalami perubahan dalam hidup mereka dengan keredhaan Roh Allah. Mahukah anda juga menjadi salah seorang daripada mereka?
Bagaimanakah ini boleh dicapai? Jawapannya di dalam langkah seterusnya. Bersama-samalah dengan saya meneliti Prinsip seterusnya.
Laman-Laman Web
Answering Islam Main Site (English)