Terjemahan kepada siri risalah-risalah
Adakah Muhammad diramalkan di dalam Injil?
(IS THERE A PREDICTION OF MUHAMMAD IN THE INJIL?)
Additional MS 43725,
f.260; John xxi.1-25
c. 1978, The British Library Board; BL/B/MS/X43
Al A'raaf 7:157
"Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad
s.a.w.) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan
sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil.... "
Al Saff 61:6
"... Nabi 'Isa ibni Maryam berkata: 'Wahai Bani Isra'il,
sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan
kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat,
dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul
yang akan datang kemudian daripdaku - bernama: Ahmad' "
Terjemahan maksud Al-Qur'an dipetik daripada Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur'an
Adakah terdapat apa-apa ramalan bagi Nabi Muhammad di luar daripada Al-Qur'an? Adakah mana-mana Kitab Yahudi mahupun Kristian(Nasrani) yang mengatakan tentang kedatangannya? Ada umat Islam yang percaya bahawa di dalam Injil (iaitu Yohanes 16 ayat 7) terdapat rujukan kepada ramalan yang disebut-sebutkan dalam Surah 7 ayat 157 dan Surah 61 ayat 6.
Tafsiran Hamza, Jilid 1, m.s. 330 berkata bahawa: "Kita tidak dapat memberi ulasan bagi Ayat ini (Surah 7 ayat 157) yang dituntutnya jika tidak dihubungkait dengan Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru (di dalam Al-Kitab) misalnya Yohanes 16 ayat 7. Segala salah faham yang mengasingkan umat-umat Yahudi, Kristian dan Islam telah berpunca daripada cara perkataan 'parakletos' disebut atau ditulis. Penterjemah-penterjemah Injil telah menterjemahkannya sebagai 'Penolong' atau 'Penganjur'. Apakah seharusnya kita membacakannya sebagai 'Parakletos' atau pun 'Periklytos'?"
Umat Islam yang sedari bahawa Injil pada asalnya ditulis didalam bahasa Yunani telah memilih ejaan 'periklytos'; yang boleh diterjemahkan sebagai 'terpuji', mereka tidak menterjemahkannya sebagai 'parakletos' yang bermaksud 'Penganjur' atau 'Penolong'. Berdasarkan kepada nas Al-Quran (Surah 61 ayat 6) para Muslim seterusnya menuntut bahawa Yohanes 14 ayat 16 dan 16 ayat 7 (dalam Injil) adalah satu ramalan bagi kedatangan Muhammad, dan perkataan 'periklytos' pula merujuk kepada 'Ahmad' satu bentuk nama Muhammad, yang juga bererti 'Yang terpuji'.
Sesetengah umat Islam telah mencuba menggantikan kata-kata vokal dalam perkataan ini di dalam tempat yang sesuai MENURUT pandangan mereka (iaitu menggantikan 'a-a-e-o' dalam 'Parakletos' dengan 'e-i-y-o' dalam 'periklytos'). Dalam bahasa Yahudi (Hebrew) dan Arab, kata-kata vokal (vowels) tidak terselit didalam perkataan-perkataan masing-masing dan kata vokalnya yang digunakan oleh penulis asal boleh dipertikaikan. Tetapi, sebaliknya dalam bahasa Yunani segala kata-kata vokalnya adalah di tulis dengan terang dan jelas di dalam semua nashkhah-nashkhah Yunani.
Kalaulah ada apa-apa yang dicurigai bagaimana perkataan ini ditulis, adalah mudah sekali bagi merujuk kepada nashkhah-nashkhah yang sedia ada. Sesiapa pun boleh memeriksa dokumen-dokumen dan nashkhah-nashkhah (termasuk kedua-dua yang paling tua, 'Codex Siniaticus' dan 'Codex Alexandrinus' yang terdapat di British Museum di London). Terdapat lebih daripada 70 buah nashkhah-nashkhah Yunani bagi Kitab Injil yang bertarikh sebelum kedatangannya Muhammad. Tidak ada satu pun di antara mereka yang menggunakan perkataan 'periklytos'! Semua nashkhah-nashkhah ini menggunakan perkataan 'Parakletos'. Pada hakikatnya perkataan 'periklytos' ini tidak terjumpa sama sekali di dalam Kitab Injil !
Di tengah-tengah pendebatan ini, umat Islam berhasrat memperolehi satu ramalan bagi kedatangan Muhammad di luar daripada Al Qur'an iaitu daripada Taurat mahupun Injil (Surah 7 ayat 157). Tanpanya ramalan itu, kewibawaan kesaksian Muhammad bergantung kepada Qur'an semata-mata dan kewibawaan Qur'an pula bergantung kepada Muhammad sahaja. Ini adalah perbincangan secara berpusing-pusing (circular reasoning) dan bukanlah satu cara menyokong hujah-hujah dengan sah dan kukuh. Oleh kerana tidak adanya apa-apa bukti menunjukkan Isa (a.s.) telah meramalkan kedatangan Muhammad di dalam Injil, maka ini merupakan satu masalah bagi para Muslim yang terpaksa menunjukkan adanya ramalan kedatangan Muhammad di luar al-Qur'an bagi menyokong kesahihan nabi mereka.
Ada satu lagi kerumitan bagi para Muslim apabila dia mengkaji dengan lebih teliti ayat-ayat yang berkenaan dgn.'parakletos'. Yohanes 14 ayat 16 berkata: "Aku (Isa) akan memohon kepada Bapa dan Bapa akan memberi Penolong (Parakletos) lain, yang akan bersama-sama kamu selama-lamanya". Kebanyakan orang Muslim memetik hanya ayat ini dan Yohanes 16 ayat 7 dan seterusnya menutup Kitab Injil. Walhal mereka telah gagal menyedari betapa pentingnya apabila mengkaji mana-mana bahan kesusasteraan atau ilmiah, adalah amat bahaya untuk meneliti ungkapan-ungkapan di luar konteks ungkapan-ungkapan itu. Kalaulah pembaca meneruskan bacaannya termasuk ayat-ayat berikutnya Yohanes 14:16 dan Yohanes 16:7, dia akan mendapati bahawa Isa Almasih telah membuat ramalan secara terperinci mengenai kedatangan dan identiti 'parakletos' itu.
Menurut konteks Yohanes bab 14 dan 16, Isa telah ramalkan bahawa 'parakletos' itu bukan seorang manusia:
Hazrat Isa telah menyatakan bahawa Misi Parakletos itu ialah untuk menumpukan perhatian orang ramai kepada dia:
Hazrat Isa telah menyatakan bahawa Parakletos itu adalah satu Roh:
Adalah jelas dari konteksnya bahawa bukanlah seorang Nabi ataupun malaikat yang layak menjadi Parakletos itu. Perhatikan: Dia akan bersama-sama dengan mereka selama-lamanya, tidak dilihat atau dikenal tetapi menghuni dan bersatu di dalam mereka, dia akan mengingatkan orang ramai segala-gala yang telah dilakukan oleh Hazrat Isa, sambil memuliakan dia. Ada hanya satu yang layak memenuhi segala-gala ciri-ciri tersebut iaitu Rohul-Kudus di dalam Injil yang telahpun diakui oleh Hazrat Isa sebagai 'Parakletos'. Dialah yang memenuhi semua kriteria di atas.
Didalam Bab 1 Buku Kisah Rasul-rasul, sebelum saja Isa Al-Masih dinaikkan ke Syurga dan 40 hari setelah dia menjanjikan kedatangan Roh Kudus, dia telah menyebut tentang 'hadiah' ini sekali lagi. Dia berkata :
Adalah nyata bahawa Penolong yang disebutkan 'Isa itu tidak lain dan tidak bukanlah Rohul-Kudus yang telah datang dengan kuasaNya 10 hari selepas pemergian hazrat Isa, iaitu pada Hari Pentakosta (hari kelima puluh) dan 570 Tahun sebelum kelahiran Muhammad.
Surah 7:157 dan 61:6 menyebut tentang seorang nabi, Ahmad(Muhammad) yang kononnya telah diramalkan sebelumnya di dalam Taurat dan Injil. Jadi, adalah amat penting bagi rujukan-rujukan tersebut dijumpai. Tanpanya, Muhammad tidak mempunyai apa-apa bukti di luar Al-Qur'an bagi mengesahkan kerasulannya, dan dasar bagi kepercayaan lebih kurang seribu juta para Muslim bergantung semata-mata kepada kesaksian seorang manusia yang fana. Tetapi sebaliknya, tidak ada apa-apa rujukan di dalam Injil yang menyebut tentang kedatangan seorang rasul yang lain. Orang Islam pula percaya bahawa ayat-ayat dari Yohanes di atas merujuk kepada Ahmad, akan tetapi, adakah ini benar? Bolehkah Penolong yang dijanjikan ini merupakan seorang manusia ataupun nabi, atau adakah dia satu Roh, yakni Rohul Kudus yang disebutkan didalam Injil?
Sambil kamu membaca ayat-ayat ini dan renungi apa yang telah dijelaskan, kamu juga mestilah membuat kesimpulan kamu sendiri. Berdasarkan kepada bukti-bukti yang telah dihuraikan, kamu mesti memutuskan siapakah yang disebutkan di dalam Injil dari Yohanes 14:16 dan Yohanes 16:7.
[English]
[Malay]
[Answering Islam Main Site.] [Homepej-homepej
Bahasa Melayu]