{ Hari 17 : Zabur bab 71 }
Janganlah Engkau buangkan aku pada masa tuaku,
Jangan tinggalkan aku setelah hilang kekuatanku.
Kerana segala seteruku mengata-ngata aku,
Dan orang yang menanti nyawaku berbincang sama sendiri,
Mengatakan, "Allah telah meninggalkan dia;
Buru dan tangkaplah dia, kerana tiada yang menolongnya."
Ya Allah, janganlah Engkau menjauhkan diri daripadaku;
Ya Tuhanku, tolonglah aku dengan segeranya.
Biarlah segala pengancam nyawaku menjadi
bingung lalu binasa;
Dan biarlah sekalian yang ingin mencederakanku diliputi kecelaan
dan keaiban.
Aku akan sentiasa berharap,
Dan semakin banyak memuji-Mu.
Lidahku akan menceritakan kebenaran-Mu
Dan penyelamatanmu sepanjang hari;
Yang tidak kuketahui bilangannya.
Akan kusebut segala pekerjaan Tuhanku Allah
yang besar,
Akan kukatakan kebenaran-Mu, hanya kebenaran-Mu.
|