{ Hari 28 : Zabur bab 127 }
Jikalau bukan Allah yang membina rumah,
Sia-sialah penat lelah orang yang membinanya;
Jikalau bukan Allah yang menjaga negeri,
Sis-sialah pengawal berjaga-jaga.
Maka sia-sialah kamu bangun subuh,
Dan jauh malam baru tidur,
Dan makan rezekimu dengan kelelahan;
Kerana demikianlah dikurniakan-Nya tidur kepada kekasih-Nya.
Kanak-kanak adalah warisan kurnia Allah;
Yang keluar dari rahim itu suatu pahala.
Seumpama beberapa anak panah di tangan orang gagah,
Demikianlah anak-anak pada masa muda.
Berbahagialah orang yang berserah kepada-Nya;
Tiadalah ia akan mendapat malu
Ketika berkata-kata dengan seterunya di pintu gerbang.
|