Langkah Mencapai Kedamaian dengan Allah Maha Esa

Allah mengasihi kamu dan mahu kamu mengalami kedamaian dan kehidupan yang berlimpahan dan berkekalan.

Alkitab menyatakan:

"...kita hidup dalam kedamaian dengan Allah melalui Yesus Kristus, Tuhan kita." Roma 5:1

"Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal." Yohanes 3:16

"...Aku datang supaya manusia mendapat hidup, iaitu hidup yang kelimpahan." Yohanes 10:10b


Tuhan telah mencipta kita dalam rupa-Nya untuk menikmati kehidupan yang berkekalan. Allah tidak menjadikan kita sebagai robot untuk mengasihi dan menurut perintah-Nya secara automatik. Akan tetapi, Allah telah mengurniai kita dengan akal dan kebebesan untuk memilih.
 
Malangnya, kita telah memilih untuk mengingkari perintah Allah dan telah mengikuti jalan degil kita yang tersendiri. Dalam zaman ini juga, manusia masih memilih jalan sendiri. Ini mengakibatkan pemisahan kita daripada Allah.
 
Alkitab menyatakan:
 
"Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka." Roma 3:23
 
"Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah." Roma 6:23

Dari zaman ke zaman, manusia telah mencuba berbagai-bagai ikhtiar untuk menutup jurang perpisahan ini... tanpa... hasil...
 
Alkitab menyatakan:
 
"Jalan yang disangka baik itu akhirnya menuju maut" Amsal 14:12
 
"Kerana dosa kamu, Dia tidak mendengarkan kamu, apabila kamu berdoa kepada-Nya. Dosa kamu memisahkan kamu daripada-Nya." Yesaya 59:2

Yesus Kristus ialah jawapan tertunggal untuk masalah perpisahan ini. Dia mati disalib and telah bangkit dari maut; menebus hukuman dosa kita and menutup jurang antara Allah and manusia.
 
Alkitab menyatakan:
 
"...kerana hanya ada satu Allah dan hanya ada satu pengantara antara Allah dan manusia, iaitu Kristus Yesus yang datang ke bumi sebagai manusia." 1 Timotius 2:5
 
"...kerana Kristus sendiri mati sekali sahaja dan selama-lamanya, supaya dosa kita diampunkan. Dia tidak bersalah tetapi mati untuk orang yang bersalah, supaya Dia dapat memimpin kamu [kita] kepada Allah" 1 Petrus 3:18a
 
"Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa" Roma 5:8


Kita mesti percaya akan Yesus Kristus dan menyambut-Nya ke dalam hidup kita dengan mengundang-Nya sendiri.
 
Alkitab menyatakan:
 
"Dengarlah! Aku berdiri di depan pintu dan mengetuk. Jika seseorang mendengar suara-Ku dan membuka pintu, Aku akan masuk ke dalam rumahnya lalu makan bersama-sama dia dan dia makan bersama-sama Aku." - Wahyu 3:20
 
"Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka diberi-Nya hak menjadi anak Allah" Yohanes 1:12
 
"Jika kamu mengaku di hadapan orang bahawa "Yesus itu Tuhan," dan kamu sungguh-sungguh percaya bahawa Allah telah membangkitkan Yesus daripada kematian, kamu akan diselamatkan." Roma 10:9

Adakah terdapat sebab baik kenapa anda
tidak boleh menerima Yesus Kristus mulai sekarang?

Bagaimana menerima Kristus:

1. Mengaku keperluan anda. (Saya seorang pendosa).
2. Anda mesti sanggup meninggalkan segala dosa-dosa anda (Bertaubat)
3. Percaya bahawa Yesus Kristus mati untuk kamu di salib dan hidup semula setelah bangkit dari kubur.
4. Melalui doa, menyambut Yesus Kristus ke dalam dan membenarkan-Nya mengendalikan hidup kamu melalui ajaran dan dorongan Roh al-Kudus (Menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Penyelamat).

Apa yang harus didoakan?
 
Yesus Kristus,
 
Saya mengaku bahawa saya seorang yang berdosa dan memerlukan pengampunan-Mu. Saya percaya bahawa Engkau telah mati untuk dosa saya. Saya mahu meninggalkan dosa-dosa saya. Sekarang, saya menyambut Engkau ke dalam hati dan hidup saya. Saya mahu mempercayai dan mengikuti-Mu sebagai Tuhan dan Penyelamat.
 
Dalam nama Yesus saya berdoa, Amin.
 
Tandatangan________________________
 
Tarikh________________
Jika anda telah membaca doa ini,
Al-Kitab menyatakan:

"'Setiap orang yang berseru kepada Tuhan akan diselamatkan.'" Roma 10:13

Adakah anda ikhlas ketika menyambut Yesus Kristus ke dalam hidup kamu? Di manakah Dia sekarang? Apakah yang telah Dia kurniakan kepada kamu?
 
"Hal itu demikian, kerana dengan rahmat Allah, kamu diselamatkan oleh sebab kamu percaya kepada Yesus. Penyelamatan itu bukan hasil usaha kamu sendiri, melainkan kurnia Allah --agar tidak ada orang yang memegahkan diri." Efesus 2:8-9
"Sesiapa yang mempunyai Anak Allah, mempunyai hidup itu; dan sesiapa yang tidak mempunyai Anak Allah, tidak mempunyai hidup itu. Aku menulis surat ini kepada kamu yang percaya kepada Anak Allah, supaya kamu tahu bahawa kamu sudah mempunyai hidup sejati dan kekal." 1 Yohanes 5:12-13
Dengan menerima Kristus, kita 'dilahirkan' ke dalam keluarga Allah melalui kerja luarbiasa Roh al-Kudus yang hidup di dalam setiap pengikut Allah... ini dipanggil pembaharuan atau "kelahiran baru".

Ini hanyalah permulaan satu kehidupan baru yang bagus sekali
dalam Kristus. Untuk meneruskan perhubungan ini, anda harus:

 
1. Membaca Alkitab setiap hari untuk mengetahui Kristus dengan lebih mendalam.
2. Berdoa kepada Allah setiap hari.
3. Menyebarkan berita baik mengenai Kristus kepada orang lain.
4. Menyembah Tuhan, hidup bersaudara, dan berkhidmat bersama-sama umat Kristian yang lain dalam sebuah gereja di mana Yesus dikhutbahkan.
5. Sebagai wakil Kristus dalam dunia yang penuh keperluan, nampakkan kehidupan baru anda dengan kasih sayang anda untuk makhluk Allah yang lain.

Semoga Allah memberkati anda.


[Home]