ISLAM DAN INJIL PALSU BARNABAS
Perkataan Injil sebenarnya berasal daripada perkataan dalam bahasa Yunani (euanggelion) yang bermaksud "Berita gembira atau Berita baik tentang Al-Masih".Walaupun karya Injil Barnabas banyak menceritakan tentang kehidupan 'Isa selama hidupNya di dunia ini, bahkan juga pemberitaan Malaikat kepada ibuNya iaitu Mariam (Injil Barnabas fasal 1) di dalam versi yang berbeza-beza bahkan bertentangan dengan Injil yang asal,juga bertentangan dengan keseluruhan kitab suci Perjanjian Baru.
Kalau dilihat secara sepintas lalu, ada kemiripan dengan Injil sebenar,namun terdapat perbezaan yang jelas sekali iaitu setelah ditelaah dengan lebih mendalam, tampak dengan nyata akan temberangnya,sebab utama dan juga tujuannya adalah sangat berbeza malah bertentangan sekali dengan imam kekristianan dan juga perwatakkan Perjanjian Baru.Tujuan dan maksud karya yang diberi nama Injil Barnabas ini adalah sebenarnya bertujuan seperti berikut:
Penolakan terhadap 'Isa al-Masih sebagai "Anak Allah" atau sebagai "Firman Allah" yang telah menjelma menjadi manusia; dan konsep asalnya adalah menolak 'Isa sebagai al-Masih.
Penolakan terhadap 'Isa sebagai Anak Allah atau sebagai Firman Allah yang menjadi manusia dan juga sebagai Al-Masih.Hal ini dapat kita temukan melalui pernyataan daripada:
Malahan aku menceritakan padamu (Barnabas),bahawa sekiranya aku tidak dipanggilkan Allah,aku telah dibawa ke Syurga,ketika aku akan berangkat dari dunia ini,...ketahuilah,oh Barnabas, bahawa kerana ini aku harus mengalami pengajaran yang besar...."
Atas sebutan Allah terhadap dirinya itu, hazrat 'Isa tidak bertanggungjawab dan merasa tidak bersalah, sebab dia sendiri tidak pernah memikirkan tentangNya.
Masih banyak ucapan-ucapan seperti ini,dimana 'Isa mengaku hanya sebagai manusia biasa dan menyangkal apabila dikatakan atau dianggap sebagai Allah atau Anak Allah.(IPB 93:1-2,94:1)
Satu hakikat yang mengherankan sekali ialah apabila Injil palsu Barnabas ini menyangkal gelaran "Al-Masih" kepada Hazrat 'Isa seperti di IPB 96 ayat 2 di atas, 'Barnabas' ini dengan ketaranya bercanggah dengan nas al-Quran sendiri. Misalnya dari surah 3 al-Imran ayat 45 yang berkata:
Malaikat berkata: "Ya, Maryam, sesungguhnya Allah memberi khabar gembira kepada engkau dengan kalimatNya, namanya Al-Masih 'Isa anak Maryam, yang mempunyai kebesaran didunia dan akhirat dan termasuk orang-orang yang terdekat kepada Tuhan"
Yang aneh ialah apabila umat Islam dengan butanya menerima 'Injil Barnabas' ini yang bercanggah dengan nas al-Quran berulang-ulang kali dalam hal di atas! Akan tetapi al-Quran tidak pernah memberi gelaran "al-Masih" kepada nabi Muhammad.
Mempertahankan monotheisme 'ala Yahudi,terutama Islam;
"Kamu menyembah apa yang kamu tidak kenal,kami menyembah apa yang kami kenal,sebab keselamatan datang dari bangsa Yahudi" (Injil Yahya 4:22)
Berita tentang keselamatan sudahpun disebarkan,marilah kita sama-sama datang kepada Tuhan yang disembah oleh Ibrahim,Ishak dan Yaakob dan janganlah kita menyembah apapun yang disampaikan atau diberitakan oleh bangsa lain walaupun mereka menyebut Allah juga yang mereka sembah,itu adalah satu penyesatan yang nyata.
Mengamini dan menguatkan kenabian Muhammad (fasal 112:4). Hal ini dapat dilihat dengan jelas dari pernyataan yang diletakkan pada "Mulut 'Isa", seakan akan 'Isa lah yang bersabda:
Membela atau mempertahankan Islam
Apakah yang akan terjadi sekiranya kita perhatikan dengan sedalam-dalamnya ketiga-tiga keterangan di atas, kemudian kita bandingkan, maka kita akan dapat melihat bahawa bunyinya adalah cenderong kepada keislaman yang maksudnya adalah seperti berikut:
"Bahawasanya Allah itu hanya satu,iaitu Tuhan Yang Maha Esa,maka tidak ada Ilah(Allah) lain selain Allah (Aku),dan Muhammad itu adalah Rasul (pesuruh )Allah"
Ayat ini adalah seperti dengan ayat kalimah syahadah bagi kaum Muslim iaitu: "Aku bersaksi tidak ada Tuhan kecuali Allah dan aku bersaksi Muhammad adalah Rasul Allah"
Dengan demikian pertanyaan kami yang pada mulanya ialah,"INJIL BARNABAS,QUO VADIS",(Injil Barnabas anda menunjukkan ke arah mana?)Sekiranya anda boleh menjawab,atau paling tidak akan ketaralah maksudnya.Bahawa karya yang diberi judul Injil Barnabas tersebut adalah sangat jelas akan keislamamnya serta menuju kearah Islam.
Melihat nadanya yang keislamikan itu,kami sangat ragu bahawa karya yang berjudul 'Injil Barnabas' ini ditulis oleh Barnabas teman Paulus atau orang yang hidup pada abad 1,tetapi bagi kami,kami semakin yakin bahawa penulisnya adalah orang yang hidup pada zaman Islam yang telah ada dan memang terbukti bahawa penulisnya INJIL BARNABAS ialah MUSTAFA DE ARANDE . Untuk mengenalpasti ajaran-ajaran sesat tersebut Tuhan telah menunjukkan beberapa ciri penyesat itu,walaupun kadang -kadang kita terdorong dengan penampilan dan gaya mereka dalam menyesatkan orang-orang yang percaya.Dengan itu berhati-hatilah dengan para penyesat ini,kerana mereka akan berusaha semaksima yang mungkin untuk mempengaruhi anak-anak Tuhan supaya ragu terhadap Firman Allah dan keselamatan yang telah diberikan Tuhan kepada umat tebusannya agar mereka menjadi tidak yakin lagi.Dibawah ini ada tersenarai ayat ayat di dalam Al-kitab yang menerangkan tentang pengajar-pengajar sesat ini:
"Anak-anakku,akhir zaman sudah dekat!Kamu diberitahu bahawa musuh Kristus akan datang.Sekarang ramai orang yang memusuhi Kristus telah muncul.Oleh itu kita tahu bahawa akhir zaman sudah dekat" (1 Yohanes 2:18)
"Ramai penipu telah pergi ke seluruh dunia,mereka tidak mengakui 'Isa Kristus telah datang ke dunia sebagai manusia,orang seperti itu adalah penipu dan musuh Kristus" (2 Yohanes 1:7)
"Siapakah pendusta itu?Bukankah dia yang menyangkal bahawa 'Isa adalah kristus?Dia itulah antiKristus,iaitu dia yang menyangkal baik Bapa mahupun Anak" (1 Yohanes 2:22)
"Dan ia diperanakkan untuk berperang melawan orang-orang kudus dan untuk mengalahkan mereka,dan kepadanya diberikan kuasa atas setiap suku dan umat dan bahasa dan bangsa." (Wahyu 13:7)
"Dan aku melihat sesungguhnya,ada seekor kuda hijau kuning dan orang yang menungganginya bernama Maut,dan kerajaan maut mengikutinya.Dan kepada mereka diberi kuasa atas seperempat daripada bumi ini untuk membunuh dengan pedang,dan dengan kelaparan dan penyakit,dan dengan binatang-binatang buas di bumi ini." (Wahyu 6:8)
"Dan kepada binatang itu diberikan mulut,yang penuh kesombongan dan hujat,kepadanya diberikan juga kuasa untuk melakukan selama empat puluh dua bulan lamanya" (Wahyu 13:5)
"Dan semua orang yang tinggal di atas bumi akan menyembahnya,iaitu setiap orang yang namanya tidak tertulis sejak dunia dijadikan di dalam kitab kehidupan dari Anak Domba yang telah disembelih" (Wahyu 13:8)
"Yang penting di sini ialah hikmat dan barangsiapa yang bijaksana,baiklah ia menghitung bilangan binatang itu,kerana bilangan itu adalah bilangan seorang manusia dan bilangannya ialah enam ratus enam puluh enam" (Wahyu 13:18 , bandingkan Injil Palsu Barnabas 21:1-6)