Terjemahan kepada siri risalah-risalah

Bagaimanakah Allah Mendedahkan DiriNya?

(HOW DOES GOD REVEAL HIMSELF?)

Umat Muslim dan Kristian sama-sama menuntut bahawa mereka masing-masing memelihara pegangan iman Nabi Ibrahim (as). Kedua-duanya menuntut bahawa Nabi-nabi mereka dan tulisan mereka telah memelihara wahyu Tuhan atau Allah dengan tepatnya. Tetapi apakah ertinya ‘Wahyu’ bagi kedua-kedua umat ini? Kita semua yang ingin menyembah Tuhan Maha Esa Yang Benar bersetuju bahawa Tuhan mestilah mendedahkan ataupun memperkenalkan diriNya kepada kita. Kita tidak dapat ‘menemuiNya’ dengan daya usaha kita sendiri tetapi sebaliknya kita perlukan pendedahan wahyuNya kepada kita. Tetapi bagaimanakah telah Allah memberi wahyuNya?

Surah 42 ayat 51-52 (Terjemahan Al-Qur'anul Karim)
Tidak adalah bagi manusia, bahwa Allah bercakap-cakap dengan dia, kecuali dengan wahyu atau dari balik dinding, atau Dia utus seorang utusan(malaikat) lalu utusan itu mewahyukan dengan izinNya apa-apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Mahatinggi lagi Mahabijaksana. Demikianlah Kami wahyukan kepada engkau suatu ruh (Quran yang menghidupkan hati) dari perintah Kami. Engkau belum tahu, apakah kitab dan apakah iman ? Tapi Kami jadikan dia(Quran) jadi nur (cahaya penerangan), Kami tunjuki dengan dia, siapa yang Kami kehendaki diantara hamba-hamba Kami.


Pandangan Islam Mengenai Wahyu
Pandangan Kristian Mengenai Wahyu
Isa Al-Masih (as), Kalimat Allah
Perbandingan yang lebih sesuai
 

Pandangan Islam Mengenai Wahyu

Surah 42 ayat 51-52 dengan jelas menyatakan bahawa Allah s.w.t. tidak bercakap dengan manusia melainkan melalui suatu ruh – Quran yang menghidupkan hati. Inilah sebabnya Allah 'mendedahkan' diriNya melalui Nabi-nabi terpilih yang digelar ‘Rasul’ yang bererti ‘yang diutus’. Nabi-nabi ini hanya manusia sahaja dan terhad kebolehan mereka. Wahyu dalam Islam ialah daripada Allah kepada manusia melalui nabi-nabi. Wahyu terakhir dan yang paling utama, menurut Islam, adalah Al-Qur’an. Ia diturunkan kepada Muhammad di antara 610-632 TM, melalui malaikat Jibril dalam proses yang dipanggil Nazil (‘untuk menurun’ tanzil ) yang membawa erti wahyu secara kata-demi-kata.

Renungilah papan yang terjaga (lauh-mahfuz) di syurga (surah 85 ayat 21,22). Papan-papan ini, di atas mana Al-Qur'an dikatakan ditulis untuk sediakala; tidak pernah diciptakan. Oleh kerana Allah adalah abadi dan tidak ada permulaanNya pula, adalah logik bahawa Al-Qur'an pun sama-sama abadi dan tidak ada titik permulaannya. Wahyu yang akhir ini yang dibawa melalui perantaraan nabi Muhammad s.a.w. adalah suci dan tidak dapat didugai atau dikritik oleh manusia. Jadi Al-Qur'an yang kita miliki hari ini adapun suci dan muktamad dari sediakala dan tidak boleh diubahkan teksnya.

Kita sepatutnya menyanjung al-Quran ini yang diturunkan Allah dan janganlah mempersoalkan hujah-hujahnya. Dapatkah seorang hamba mempersoalkan pemiliknya? Tidak! Jadi seorang Muslim tidak boleh mempersoalkan al-Quran.

Di sini, orang-orang Muslim menanyakan umat Kristian: Bagaimanakah dengan Al-Kitab kamu? Marilah kita berbanding Al-Qur'an dengan Al-Kitab (Bible).


Pandangan Kristian Mengenai Wahyu

Malangnya, tempat ini kurang tepatnya untuk memulakan perbincangan kita. Bagi umat Kristian, untuk membandingkan Al-Kitab/Bible dengan Al-Quran akan membawa kepada kefahaman yang kurang tepat mengenai konsep 'Wahyu'.

Menurut kefahaman Kristian, Allah tidak mendedahkan diriNya dalam satu cara sahaja, tetapi dalam beberapa cara-cara yang lain, misalnya:

  1. Ciptaan alam semulajadi, iaitu akibat daripada kuasa gubahan ilahi.

  2. Peristiwa-peristiwa, apabila berlakunya mukjizat-mukjizat yang menakjubkan dan apabila Tuhan telah mencelahi secara langsung di dalam urusan manusia.

  3. Rasul-rasul. Melalui utusan-utusan yang telah diberikan kepada mereka.

    Wahyu-wahyu ini semua ada pada kita. Akan tetapi kerana pengingkaran Adam di Taman Firdaus, umat manusia telah pun dicemari oleh dosa. Ini telah menutupi fikiran kita dan inilah yang menggugat kita dari mengenal Allah (2 Korintus 4 ayat 4). Akibatnya, manusia sejagat telah dengan sentiasa gagal mengenal Tuhan. Oleh kerana manusia telahpun tercela dan dicemari akibat dosa ini, fahaman berhala dan penyembahan berhala yang kufur bermula dan penghayatan Tuhan Allah yang Maha Esa tidak tercapai.

    Akibatnya, Allah telah membuat pilihan muktamadNya. Dia telah menjelma sebagai seorang manusia dan telah berbicara kepada kita, secara langsung. Oleh kerana sifat Tuhan Allah, Dia sahaja yang dapat menjelma secara langsung kepada manusia, dan hanya Allah saja yang berhak bercakap bagi pihak diriNya sendiri. Kalau kamu cuba memberitahu saya siapa itu Allah semestinya kamu akan gagal. Saya dan kamu hanya manusia yang fana, lagipun kita dicemari dosa dan kita memutarbelitkan wahyu Tuhan yang sebenarnya. Allah sendiri seharusnya membuat perhubunganNya dengan kita kerana semua Nabi-nabi dan pengantara yang lain tidak sempurna untuk menjadi 'saluran' bagi jelmaan Ilahi itu! Maka inilah cara keempat Allah telah 'bercakap'

  4. Hazrat Isa, yang juga bergelar Kalimat Allah, telah menjelmakan Tuhan Allah kepada kita dengan sempurnanya.

Isa Al-Masih, Kalimat Allah

Isa Al-Masih itu, tidak lain dan tidak bukan daripada penjelmaan Allah sendiri kepada umat manusia. Dia telah menolak semua pengantara-pengantara yang lain untuk berbicara kepada kita secara langsung. Di dalam Al-Masih ini sajalah, dapat manusia mengenal Tuhan.

Isa Al-Masih sendiri telah mengisytiharkannya, Filipus, seorang hawariyun dan pengikut hazrat 'Isa telah memintakan satu wahyu daripadanya, dan Hazrat 'Isa menjawab kepadanya "Sudah lama Aku bersama-sama kamu semua, dan kamu belum mengenal Aku juga, Filipus? Orang yang sudah melihat Aku juga, sudah melihat Bapa (iaitu Allah). Mengapa kamu berkata, "Tunjukkanlah Bapa kepada kami"? Filipus, tidakkah kamu percaya bahawa Aku bersatu dengan Bapa, dan Bapa bersatu dengan Aku? (Yahya 14 ayat 9-10)

Marilah kita membandingkan Wahyu Hazrat 'Isa (as) dengan wahyu-wahyu Allah yang lain.

  1. Ciptaan Tuhan. Ia mengisytiharkan keagungan Allah, tetapi hakikat ini dipercayai dan dipegangi oleh para munafik dan penyembah-penyembah berhala juga. Apakah para munafik ini mengecam siapa Dia Allah dengan sempurnanya? Tidak. Mereka perlukan sesuatu yang lebih tinggi dari alam semulajadi untuk memberitahu mereka Siapakah Allah itu.

  2. Mukjizat-mukjizat mensahkan yang seseorang Nabi itu diutus Allah. Tetapi perhatikanlah 'nabi-nabi' yang meluahkan ajaran-ajaran munafik yang menentang Allah yang sebenar dengan menyatakan terdapat banyak 'tuhan' dan dewa-dewa yang lain, ada pula di antara mereka menuntut diri mereka sebagai Tuhan! Ada pendita-pendita ugama Hindu dan ugama Buddha yang melakukan mukjizat sehingga menakjubkan orang-orang yang mencurigai mereka. Jadi adakah mukjizat-mukjizat mencukupi untuk membuktikan seseorang nabi itu diutus Allah? Tidak, kita memerlukan lebih daripada itu.

  3. Al-Kitab, sebagai koleksi kata-kata nabi-nabi dan rasul-rasul yang diutus adalah Firman Allah yang utuh dan tidak bercela. Ia merupakan saksi Allah kepada KalimatNya Hazrat 'Isa (surah 4 ayat 171). Hazrat 'Isa sendiri berkata bahwa Al-Kitab/Bible secara keseluruhannya telah menyatakan tentang diriNya : "Sebenarnya Al-Kitab memberikan kesaksian tentang Aku" (Yahya 5 ayat 39). Al-Kitab bukannya penghujung di dalam pemahaman kita mengenai Wahyu, tetapi pangkal jalannya pula, satu 'papan tanda' yang mengacu arah kita kepada 'Isa Al-Masih. Akan tetapi, daya minda kita semata-mata tidak mencukupi bagi mengenal Allah dengan menyelidiki sebuah buku walaupun kita begitu alim, serius dan bertekad di dalam penyelidikan kita itu. Jadi, hanya melalui Roh Allah, boleh kita mengenal 'Isa Al-Masih di dalam ayat-ayat Al-Kitab.

Kita boleh faham kalau bagi umat Islam, fahaman ini mungkin mengelirukan dan mengancam. Untuk menjelaskan kebenaran ini kita perlukan satu perspektif dan sudut pandangan yang lebih sesuai. Satu kebiasaannya ialah untuk membandingkan Al-Qur'an dengan Al-Kitab, tetapi sebaliknya kita harus membandingkan Al-Qur'an dengan 'Isa Al-Masih sendiri, oleh kerana kedua-dua Kitab suci ini telah pun memberi gelaran "Kalimat Allah" kepada Hazrat 'Isa iaitu sebagai satu wahyu yang tulen kepada umat manusia.


Perbandingan-perbandingan yang lebih sesuai.

Lazimnya, kebanyakan orang Islam telah cuba membandingkan nabi Muhammad dengan 'Isa Al-Masih dan Al-Qur'an dengan Al-Kitab (Bible) (lihat carta)

PERBANDINGAN YANG LAMA Kedua-duanya adalah:
Al-Qur'an dengan Al-Kitab Kitab-kitab semata-mata
Muhammad dibandingkan dengan Isa Al-Masih Manusia

Tidak hairanlah umat Islam dan Kristian telah mengadakan perbincangan yang kurang bermanfaat! Satu pendekatan yang lebih tepat ialah untuk membandingkan apakah wahyu Allah yang teragung di dalam fahaman Islam dengan wahyu Allah yang teragung menurut fahaman Kristian. Menurut kategori-kategori ini, perbandingan yang lebih sesuai ialah diantara: Al-Qur'an dengan 'Isa Al-Masih, Muhammad dengan rasul-rasul 'Isa atau hawari-hawari, Al-Kitab (Bible) dengan Hadith, Tarikh, sira dan Tafsir.

PERBANDINGAN YANG LEBIH SESUAI Kedua-duanya adalah:
Al-Qur'an dengan Isa Al-Masih Wahyu Allah teragung
Muhammad dengan rasul-rasul Hazrat 'Isa Pelapor-pelapor wahyu (Reporters of the Revelation
Hadith, Tarikh, Sira dan Tafsir dengan Al-Kitab/Bible Ajaran-ajaran dan sejarah catatan Wahyu itu

Walaupun kaedah ini membolehkan kita saling memahami sesama sendiri, kita harus memerhatikan bahawa Injil menyatakan terutamanya mengenai Isa (as) sendiri lebih daripada cara hidupNya. Hadis dan Sira, sebaliknya membincangkan cara hidup Muhammad, perbuatan-perbuatannya dan cuma sedikit saja mengenai penafsiran tentang apa yang diucapkannya.

Dalam sebarang perbincangan di antara umat Islam dengan Kristian, kita haruslah membandingkan Isa Al-Masih dengan Al-Qur'an, bukanlah Al-Kitab/Bible dengan Al-Qur'an. Umat Kristian tidak merujuk kepada Al-Kitab tetapi menganggap Isa Al-Masih sebagai Wahyu Allah yang muktamad. Isalah merupakan Kalimat Allah yang muktamad dan sesiapapun dapat mengenalNya melalui pertolongan Ruh Allah -yang akan mendedahkanNya melalui catitan-catitan Injil dan juga melalui pengalaman peribadi.

Itulah sebabnya bagi pendirian kami bahawa Injil adalah catatan yang diilhamkan Allah yang tidak tercemar, dan mengandungi sejarah perbuatan-perbuatan dan kata-kataNya sehingga peristiwa-peristiwa kelahiran, kehidupan dan kebangkitan Isa Al-Masih. Hanya dia sahaja, apabila kita mendekatinya dengan iman; akan mendedahkan Allah kepada kita. Allah adalah jauh lebih besar dan di luar jangkauan ungkapan-ungkapan penjelasan manusia. Dia telah menjelmakan diriNya sendiri kepada kita.

Pada hari ini, Ruh Allah masih memimpin jiwa-jiwa yang sedang mencari kebenaran kembali kepada Isa Al-Masih di mana Allah telah menjelmakan diriNya. Kami harus membiarkan mereka yang berpuas hati dengan wahyu yang didakwa diturunkan Allah bergantung kepada kesaksian kata-kata seorang manusia bagi menaruh iman mereka dalam risiko. Akan tetapi, kami tidak puas hati dengan hakikat yang kurang daripada pendedahan secara langsung dengan Allah yang.telah menjelmakan diriNya!

Menurut perbandingan-perbandingan ini, tiada persaingannya di antara kedua-dua wahyu ini - Isa Al-Masih dengan Al-Qur'an. Al-Qur'an hanya merupakan sebuah Buku yang ketulenannya bergantung semata-mata kepada seorang manusia fana yang berdosa yang telahpun mengakuinya (Surah 80 ayat 1-3). Ini tidak mungkin menyaingi Isa Al-Masih, yang disanjungi bersama-sama oleh umat Islam dan Kristian sebagai tidak berdosa, iaitu penjelmaan Allah sendiri-Wahyu yang paling sempurna.

"Pada masa lampau, banyak kali Allah berfirman kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi dengan berbagai-bagai cara. Tetapi pada zaman akhir ini Dia telah berfirman kepada kita melalui Anak-Nya.Melalui Anak-Nya inilah Allah menciptakan alam semesta. Allah sudah menetapkan bahawa Anak-Nya inilah yang berhak memiliki segala sesuatu pada akhirnya." (IBRANI 1 ayat 1-2).



[English] [Malay]
[Answering Islam Main Site.] [Homepej-homepej Bahasa Melayu]