{ Hari 25 : Zabur bab 112 }

Pujilah Allah.

Berbahagialah orang yang bertaqwa kepada Allah,
Dan yang amat sukacita dengan firman-Nya.

Benihnya akan berkuasa di atas bumi;
Segala keturunan orang yang lurus akan berbahagia.

Di dalam rumahnya ada harta dan kekayaan;
Dan kebenarannya kekal selama-lamanya.

Bagi orang yang lurus terbit cahaya dalam kegelapan;
Dia budiman, amat penyayang, dan benar.

Orang yang baik berbudi dan memberikan pinjam;
Dia akan mengurus halnya dengan budi bicara.

Tiadalah dia tergugat selama-lamanya
Peringatan orang yang benar kekal abadi.

Tiadalah dia takut akan khabar yang buruk;
Kerana hatinya tetap dan yakin kepada Allah.

 

Taati Allah dan alami belas kasihan serta rahmat-Nya.

 

Undur | Mara | Indeks