{ Hari 26 : Zabur bab 116 }
Kukasihi Allah, kerana rela didengar-Nya
Suaraku dan segala permohonanku.
Telah dihalakan-Nya telinga-Nya kepadaku,
Maka akan kuseru Dia seumur hidupku.
Segala ikatan maut telah membelitku,
Segala sengsara alam maut telah menimpaku;
Dan telah kurasai kesesakan dan dukacita.
Lalu aku menyeru nama Allah,
Ya Allah, lepaskanlah jiwaku.
Bahawasanya Allah bemurah hati lagi benar;
Allah Tuhan kami sangat mengasihani.
Maka dipeliharakan Allah sekalian yang tulus hati;
Aku pernah daif, maka diselamatkan-Nya aku.
Hai jiwaku, kembalilah ke istirahatmu;
Kerana Allah telah membuat kebajikan kepadamu.
Engkau, ya Tuhan, telah melepaskan jiwaku daripada maut,
Dan mataku daripada air mata,
Dan kakiku daripada tergelincir.
|